Wednesday, June 13, 2012

30K BUKTI RAKYAT SAYANG SULTAN

30 Ribu Rakyat Hadir Membaca Ikrar Taat Setia

KEHADIRAN hampir 30,000 orang pada Himpunan Menjunjung Kasih dan Taat Setia ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Johor di Istana Pasir Pelangi Ahad lalu menunjukkan kasihnya rakyat negeri ini terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Perhimpunan itu juga adalah sebagai tanda sokongan tidak berbelah bahagi rakyat negeri ini yang tetap bersama dengan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam apa jua keadaan, senang mahupun susah.


Selain itu, ia juga adalah sebagai simbolik rakyat yang mengecam bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang biadab. Penglibatan 400 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pelbagai kaum ini juga menunjukkan perpaduan di kalangan penduduk berbilang kaum khususnya di negeri Johor terhadap institusi diraja.

Kami juga mahukan siasatan polis terhadap Mohammad Nizar dipercepatkan agar kertas siasatan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tujuan pertuduhan di mahkamah.
Individu seperti Mohammad Nizar ini seharusnya dikenakan tindakan undang-undang kerana kenyataannya itu boleh menghasut orang ramai.

Ia juga adalah sebagai pengajaran kepada pihak lain termasuk mana-mana pemimpin agar tidak sesuka hati mengeluarkan kenyataan dan kemudiannya dengan mudah meminta maaf. Kami juga tersinggung dengan tindakan Mohammad Nizar yang sekadar meminta maaf melalui laman sosial dan bukannya meminta maaf dengan menghadap baginda.

Diharap isu ini menjadi pengajaran kepada semua pihak dan jangan sesekali kita mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mempertikai institusi diraja. Bagi saya pingat yang diterima Mohammad Nizar daripada Istana Perak yang membawa gelaran Datuk Seri selayaknya dilucutkan. Rakyat Johor akan sentiasa menyokong institusi diraja kerana institusi berkenaan adalah tulang belakang Perlembagaan negara.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...