Tuesday, June 12, 2012

KERTAS SIASATAN KES NIZAR DISERAH DALAM MASA TERDEKAT

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff

Polis Johor akan mengemukakan kertas siasatan mengenai kenyataan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat. Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata siasatan terhadap kenyataan Mohammad Nizar menerusi Twitter mengenai bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim itu hampir selesai.

Polis telah menerima 46 laporan daripada pelbagai pihak, kata Mohd Mokhtar kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, Selasa. Mohammad Nizar yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang itu mempersoalkan bidaan nombor pendaftaran itu dengan bayaran RM520,000.

Dua pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Baharu Utara telah mengambil keterangan Mohammad Nizar di Pejabat PAS Perak, di Ipoh pada 6 Jun lepas, dalam menjalankan siasatan mengikut Akta Hasutan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...