Monday, June 11, 2012

KIT SIANG BERTANDING DI BATU PAHAT, USAHA UNTUK MEWUJUDKAN REPUBLIK???


Sebelum ini, ada ura-ura yang mengatakan Lim Kit Siang, bekas Pengerusi DAP yang kini merupakan Penasihat DAP bakal bertanding di kerusi parlimen Batu Pahat bagi menentang Presiden MCA Chua Soi Lek yang kononnya bakal ‘meminjam’ kerusi tersebut dari penyandangnya Dr. Mohd Puad Zarkashi. Isu ini mula dibangkitkan oleh pemerhati politik dan beberapa aktivis pakatan rakyat yang dilaporkan begitu optimis dengan pandangan tersebut tambahan pula Kit Siang merupakan anak kelahiran Batu Pahat.


Kali pertama Kit Siang bertanding ialah pada Pilihan Raya Umum 1969. Bermula dari itu dia pernah bertanding di banyak kerusi, antara Melaka, Selangor, Pulau Pinang dan Perak - berpindah dari satu kawasan ke kawasan lain mengikut arah sokongan dan kebarangkalian untuk menang. Dia juga sebelum ini begitu sinonim dengan projek Tanjong I dan II - dalam usaha merampas kerajaan negeri Pulau Pinang.

Ini kerana, menurut mereka Kit Siang mempunyai aura dan kelompok penyokongnya tersendiri khususnya di kalangan pengundi Cina. Mereka merasakan, setiap kawasan dan tempat yang ditandinginya bakal menyebabkan golongan Cina menukar arah sokongan mereka kepada DAP. Sebagai contoh, rata-rata kawasan yang pernah ditandinginya sebelum ini telah berjaya dijadikan sebagai kubu kuat dan ‘fixed deposit’ buat pembangkang. 

Tambahan pula, Johor adalah merupakan kubu kuat UMNO sejak dahulu, namun disebabkan ia merupakan jiran yang paling hampir kepada Singapura maka adalah merupakan satu KEWAJIPAN buat DAP untuk memastikan UMNO/BN Johor ditumbangkan dalam PRU13.  Maka strategi dan perancangan untuk meminta Kit Siang beraksi di Batu Pahat adalah satu yang pendekatan yang terbaik, sebelum dia mengundurkan diri dari pentas politik lantaran faktor usia.

Ini kerana DAP boleh dianggap sebagai adik kepada parti PAP, Singapura. Ini kerana setelah Allahyarham Tunku Abdul Rahman menyingkirkan Singapura dari Malaysia pada tahun 9 Ogos 1965, parti DAP telah ditubuhkan. Ia sebagai satu usaha untuk meneruskan kelangsungan dalam membawa suara golongan yang dilabelkan sebagai ‘Ultra Kiasu’. 

Ia dibuktikan dengan kenyataan-kenyataan yang ‘ekstrem’ pernah dibuat oleh majoriti pemimpin DAP seperti Karpal Singh dan sebagainya. Sebagai contoh ‘Langkah Mayat Saya Dulu, sekiranya mahu menubuhkan negara Islam’, ‘Slogan untuk mewujudkan Malaysian Malaysia’, ‘Impian untuk meletakkan bangsa lain sebagai PM dan sebagainya.

Oleh yang demikian sebagai ‘adik’ dan parti serpihan kepada PAP, adalah menjadi tanggungjawab kepada DAP untuk memastikan suatu hari nanti Singapura dapat dimasukan kembali ke dalam peta Malaysia. Namun Kit Siang sedar, ia hanya boleh direalisasikan apabila Malaysia telah berjaya menghapuskan hak dan ketuanan melayu dari kamus perjuangannya. 

Dengan itu usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik bakal menjadi kenyataan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...