Wednesday, June 13, 2012

PENGERUSI DAP JOHOR BAPAK SEGALA RASIS!!!!


Bantahan oleh Ketua DAP cawangan Taman Saga

Baru-baru ini, Ketua DAP Cawangan Taman Saga, Thulasidas a/l Viswalingam telah mengadakan himpunan bagi membantah tindakan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau yang dilaporkan sering mengabaikan kebajikan dan tidak pernah menghormati pengundi dan penyokong kaum India. Ini kerana setelah sekian lama menyokong bagi memartabatkan ideologi parti itu, mereka semua masih dipinggirkan dan sering mendapat layan kelas kedua.


Sebelum ini Boo dilihat agak ‘mesra’ dengan masyarakat dan komuniti India kerana perjuangan DAP masih lemah dan belum mendapat sokongan yang meluas di Johor. Namun selepas PRU12, apabila DAP dilihat semakin kuat dan mula diterima oleh kebanyakkan masyarakat Tionghua, kaum India mula terpinggir dan dianak tirikan. 

Boo semakin berubah sikap, dan mula mempamirkan ‘wajahnya’ yang sebenar. Masyarakat India seolah-olah tidak layak untuk duduk bersama di bawah kepimpinan Boo yang pilih bulu. Dia juga dilaporkan pernah mengatakan bahawa undi kaum India tidak diperlukan untuk DAP menang dalam PRU13. Sebelum ini juga, sudah terlalu banyak isu yang sering dikaitkan dengan BOO yang mengamalkan pendekatan ‘GANGSTER’ dan begitu rasis terutama dalam isu-isu perkauman.

Suatu ketika dahulu, Boo pernah dedahkan wujudnya elemen kongsi gelap dalam DAP Johor, hinggakan dia pernah dihalang dari merasmikan sebarang mesyuarat di kawasan Johor Utara. Namun menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, sekarang Boo adalah antara ‘TAIKO BESAR’ yang terhadap kumpulan kongsi-kongsi gelap tersebut yang kebanyakkannya aktif di sekitar Johor Selatan.


Sila rujuk laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 31 Mei 2012 yang melaporkan pemilik kelas tuisyen yang didakwa telah diugut oleh Boo sekiranya enggan menyelesaikan isu yang dibangkitkan. Dia melaporkan Boo telah menghubunginya dan menyatakan mahu mengambil ‘tindakan’ dan menutup pusat tuisyen miliknya. Ekoran dari itu sebanyak 3 laporan polis telah dibuat kerana bimbang akan keselamatan dirinya.

Berbalik kepada isu Pengerusi DAP Johor ini, antaranya kumpulan belaannya terdiri daripada ‘ALONG’ dan pengendali kelab-kelab malam yang mana peranan kumpulan tersebut adalah memastikan masyarakat Cina di kawasan Johor Selatan menyokong DAP. Kebanyakkan peniaga-peniaga cina di kawasan tumpuan akan di lantik menjadi agen untuk memburukkan dasar-dasar kerajaan. Antara propaganda mereka ialah menyebarkan konsep 1Malaysia hanya merupakan lakonan BN/UMNO untuk tagih sokongan masyarakat bukan Melayu tetapi kaum bumiputera tetap di beri keutamaan. 

Untuk pengesahan, cuba lakukan tinjauan rambang di kedai-kedai makan dan kelab-kelab yang di miliki oleh ‘kumpulan’ tersebut, ternyata propaganda dan sentimen ini akan dimainkan dan disebarkan.

NOTA : Masyarakat India telah mula sedar, mengapa Melayu masih buta hati dan untuk terus bersekongkol dan menyokong DAP

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...