Tuesday, June 12, 2012

TAHNIAH!!!! HIMPUNAN RAKYAT JOHOR PERTAHAN SULTAN TINDAKAN WAJAR

Himpunan Rakyat Johor

Langkah rakyat Johor berhimpun bagi menyatakan sokongan dan taat setia kepada raja mereka baru-baru ini wajar dicontohi rakyat negeri lain, kata Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Datuk Moehamad Izat Emir. Beliau berkata acara sedemikian bukan sahaja melambangkan rakyat mengasihi pemimpin tetapi ia juga menjadi platform terbaik terutama bagi orang Melayu untuk bersatu di bawah naungan raja.

"Sehubungan itu, saya minta semua cawangan Perdasama yang mempunyai kira-kira 20,000 anggota di seluruh negara supaya bersama-sama dengan badan bukan kerajaan lain dalam memberi penghormatan dan taat setia kepada sultan. Ini adalah cara terbaik bagi rakyat terutama orang Melayu untuk bersatu di bawah payung raja-raja," katanya.

Beliau mengulas perhimpunan aman kira-kira 30,000 rakyat Johor pelbagai kaum dan agama di perkarangan Istana Pasir Pelangi di Johor Baharu bagi menyatakan sokongan dan taat setia kepada Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar. Ia sebagai reaksi kepada kenyataan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jalamuddin menerusi laman Twitter mengenai bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 oleh Sultan Johor.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...