DYMM Baginda Sultan Ibrahim. |
Sultan Iskandar menitiskan air mata di hadapan kira-kira 30,000 rakyat
Johor pelbagai kaum dan agama yang berhimpun secara aman di perkarangan
Istana Pasir Pelangi di Johor Bahru bagi menyatakan sokongan dan taat
setia kepada baginda. Suasana di perkarangan istana semalam
yang penuh sesak bertukar menjadi emosional apabila baginda yang
berangkat hadir pada 'Himpunan Menjunjung Kasih dan Taat Setia Duli Yang
Maha Mulia Baginda Sultan Johor' itu tiba-tiba menjadi sebak ketika
bertitah ringkas kepada hadirin.
Add caption |
"Saya
tidak akan melupakan hari yang amat bersejarah seperti hari ini," titah
baginda sambil mengesat air mata, diiringi gema laungan 'Daulat Tuanku'
oleh rakyat yang menghadiri perhimpunan anjuran Majlis Penyelaras
Gabungan NGO (badan bukan kerajaan) Melayu Negeri Johor (Gabung) itu.
Mereka
membawa pelbagai sepanduk dan mula berhimpun sejak 10 pagi di Sangkar
Kristal, Taman Pelangi sebelum berarak sejauh satu kilometer ke Istana
Pasir Pelangi, yang merupakan kediaman rasmi Sultan Johor, pada 2
petang. Sultan Ibrahim, yang berterima kasih kepada mereka
yang hadir, bertitah adalah menjadi amanah baginda sebagai Sultan Johor
untuk menyayangi rakyat.
"Tidak ada rakyat, tiadalah raja. Raja
dan rakyat berpisah tiada," titah baginda sambil mengingatkan seluruh
rakyat negeri Johor, tanpa mengira kaum dan agama, supaya terus bersatu
padu. Jika bersatu, kita akan kuat," titah baginda yang
ditemani isteri, Raja Zarith Sofia dan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail
Idris serta kerabat diraja Johor lain.
Perhimpunan
itu berlangsung sebagai reaksi terhadap kenyataan bekas Menteri Besar
Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menerusi laman Twitter
mengenai bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 oleh Sultan Johor. Terdahulu,
baginda menerima lafaz ikrar taat setia wakil Gabung, Ahmad Tarmizi
Yusof serta kunjungan hormat 14 wakil NGO Johor yang menghadiri
perhimpunan itu.
Sementara itu, Bendahari Agung Gabung, Zaini
Atan berkata mereka amat bangga kerana perhimpunan hari ini berjaya
menarik 30,000 rakyat Johor tanpa mengira bangsa dan agama, yang
menganggotai pelbagai NGO.
"Kami hanya mengambil masa tujuh hari
untuk menganjurkan perhimpunan ini sebagai usaha kami untuk menunjukkan
semangat taat setia dan sayang kami kepada Sultan kami. Jangan cabar
Sultan kami," kata Zaini.
Beliau berkata 312 NGO Melayu Johor, 62 NGO kaum Cina dan 30 NGO kaum India menyertai perhimpunan itu. Anggota
Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed, antara yang hadir pada
perhimpunan itu, berkata beliau amat bangga dengan sokongan rakyat
pelbagai agama dan kaum di negeri ini terhadap Sultan Johor.
"Perhimpunan
hari ini membuktikan bahawa rakyat negeri Johor menyokong penuh
institusi kesultanan kerana ia merupakan tulang belakang kepada
Perlembagaan negara," katanya.
Di KUALA LUMPUR: Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia melahirkan sokongan penuh terhadap penganjuran perhimpunan di Johor Baharu itu. Presidennya,
Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawan Teh berkata pihaknya tidak akan
sekali-kali bersetuju dengan mana-mana pihak yang cuba mempertikaikan
kedudukan raja-raja Melayu.
"Persatuan ini akan menentang
mana-mana pihak yang cuba memperlekehkan kedudukan raja-raja Melayu dan
sekali gus cuba memecahkan perpaduan orang Melayu dengan cara tidak
bertanggungjawab," katanya.
No comments:
Post a Comment