Rakyat khususnya pengundi diingatkan supaya tidak
tersalah memilih pemimpin pada Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana kesilapan
boleh mengundang malapetaka kepada agama, bangsa dan negara. Ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim berkata, pengundi harus
mengetahui ciri-ciri pemimpin yang seharusnya disokong dengan memilih
mereka yang baik, bertanggungjawab, tidak menimbulkan masalah dan tidak
selalu menuding jari atau hanya tahu mengeluarkan kenyataan menyalahkan
pihak lain.
Friday, February 8, 2013
Jentera BN Tenggara sedia 'berperang'
Semua jentera parti komponen Barisan Nasional (BN) Tenggara sudah bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13. Pengerusi BN Tenggara, Datuk Baderi Dasuki berkata, seluruh jentera
parti komponen kini hanya menunggu arahan untuk berjuang sebaik gendang
pilihan raya dibunyikan.
Usah Terburu-Buru Jadi Calon PRU
Golongan mahasiswa tidak perlu tergesa-gesa
menceburi bidang politik dengan menawarkan diri bertanding dalam Pilihan
Raya Umum Ke-13 (PRU-13) walaupun pindaan Akta Universiti dan Kolej
Universiti (AUKU) membenarkan mereka berbuat demikian.
Pembangkang Hanya Tabur Janji Kosong
Kenyataan pemimpin pembangkang mereka mampu melangkah ke Putrajaya
hanya janji kosong kerana pakatan itu tidak mungkin mampu meraih
kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.
Sunday, December 9, 2012
JOHOR BENTANG BAJET LEBIHAN 2013
NUSAJAYA - Kerajaan Johor membentangkan Belanjawan 2013 dengan
lebihan RM4.4 juta apabila hasil negeri dianggar berjumlah RM908.66 juta
dan perbelanjaan mengurus pula sebanyak RM904.26 juta.
Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman berkata hasil cukai tahun depan
dianggar bertambah sebanyak RM24.93 juta, menjadikan hasil cukai
keseluruhan berjumlah RM354.61 juta.
Friday, December 7, 2012
JANGAN GADAI AGAMA DAN BANGSA
KULAIJAYA - Rakyat khususnya orang
Melayu digesa tidak menggadaikan maruah agama, bangsa dan negara hanya
kerana mahu mencapai cita-cita serta kemahuan peribadi. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panti, Datuk Baderi Dasuki berkata,
rakyat perlu bangkit daripada kesedaran tersebut bagi mengelak terus
terperangkap mainan politik pembangkang yang bakal memusnah masa depan
negara.
JKM BANDAR TENGARA HULUR BANTUAN
KULAIJAYA - Sebanyak 15 warga emas,
pesakit kronik dan orang kurang upaya (OKU) di Bandar Tenggara di sini,
menerima sumbangan barangan keperluan asas sempena Maal Hijrah oleh
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Masyarakat Bandar Tenggara
(JKKMBT), baru-baru ini.
Sumbangan disampaikan sendiri Penaung JKKMBT, Datuk Baderi Dasuki
yang turut memberikan pemberian peribadi kepada kesemua penerima dan
memuji inisiatif itu dalam membantu masyarakat.
BANTERAS RAKYAT ASING BELI RON 95
SEJAK kebelakangan ini saya dapati semakin berleluasa penjualan petrol bersubsidi kepada kenderaan negara jiran. Sebagai contoh, sebuah stesen minyak di Taman Impian Emas, Johor
Bahru hampir setiap malam dikunjungi oleh kereta-kereta dari negara
jiran yang mengisi petrol RON 95 atau pun membeli petrol tersebut dengan
mengisinya dalam tong-tong yang diletakkan di dalam bonet kereta.
Guan Eng Dicabar Henti Operasi Terminal Kapal Persiaran Jeti Swettenham
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini mencabar Ketua Menteri
Pulau Pinang Lim Guan Eng supaya menghentikan operasi Terminal Kapal
Persiaran Jeti Swettenham.
Chua berkata, cabaran itu berlandaskan tindakan kerajaan negeri di
bawah kepimpinan Lim yang membatalkan permohonan Suruhanjaya Pelabuhan
Pulau Pinang (SPPP) bagi membaharui kebenaran menduduki tanah di situ
dan menyebabkan terminal itu masih belum menerima Sijil Layak Menduduki
(CF) sehingga kini.
RAPID PENGERANG, ANGGOTA KESELAMATAN DITAMBAH
PENGERANG - Tiga balai polis yang terletak berhampiran kawasan Projek
Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid), dekat
sini akan menerima penambahan anggota dalam usaha berhadapan dengan
pembangunan projek mega tersebut. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Che Mahazan Che Aik
berkata, seramai 21 anggota baru termasuk dua pegawai penyiasat
berpangkat inspektor dan sarjan akan ditempatkan di Balai Polis Bandar
Penawar, Pengerang serta Sungai Rengit.
GAMBAR DISIMBAH CAT MERAH
BATU PAHAT – Tindakan segelintir individu yang tidak bertanggungjawab
dengan menyimbah cat merah ke atas kain rentang dan gambar wakil rakyat
amat dikesali.
Tinjauan di Senggarang, mendapati dua gambar pada kain
rentang wakil rakyatnya iaitu Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr Mohd Puad
Zarkashi dan Adun Senggarang, Ja’affar Hashim diperlakukan begitu.
GENERASI KEDUA FELDA ENDAU TERIMA DURIAN RUNTUH
MERSING - Selepas ketua keluarga dan isteri peneroka menerima bayaran
durian runtuh sebanyak RM5,000 seperti yang diumumkan Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak Mei lalu, kini tiba pula giliran generasi
kedua.
Bertempat di Dewan Raya Felda Endau, dekat sini, seramai 225 penerima
terdiri daripada generasi kedua di Felda berkenaan menerima cek yang
disampaikan Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad,
baru-baru ini.
PAS DIBIDAS PUAD ZAKARSHI
BATU PAHAT – Kerajaan Kelantan ibarat ada dua nakhoda jika benar enggan
mengadakan solat Hajat berjemaah mendoakan keselamatan penduduk
Palestin. Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi juga menyifatkan
tindakan itu jelas membuktikan pemimpin parti berbeza pandangan dalam
menentukan sesuatu keputusan.
KHUATIR PEMBANGUNAN INDUSTRI
PASIR GUDANG – Penduduk di Jalan Selasih Taman Pasir Putih, di sini
membantah pelan asal untuk pembangunan perumahan sekitar kediaman diubah
kepada lot komersial industri. Wakil penduduk, Rafee Abdullah, 40, mendakwa, pada awalnya, kawasan
kurang 50 meter dari kediaman penduduk itu bakal dibangunkan dengan
pelbagai kemudahan asas.
Friday, November 9, 2012
KESINAMBUNGAN GENERASI FELDA
SATU ketika dahulu, ayah dan ibu mereka
menguruskan ladang untuk meningkatkan taraf hidup yang susah sehinggakan
untuk membeli makanan keluarga sudah cukup sukar. Masa berlalu, dan selepas 50 tahun muncul zaman kegemilangan yang
dilimpahi dengan segala macam kemewahan, bantuan, pendidikan terbaik dan
pendapatan tinggi untuk memastikan waris-waris peneroka mendapat yang
terbaik.
Subscribe to:
Posts (Atom)