![]() |
Angkatan Tentera Malaysia |
Angkatan Tentera Amerika ingin meningkatkan hubungan erat sedia ada
dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui latihan dua hala.
Pemerintah Misi Sokongan Ke-19 Angkatan Tentera Amerika Brig Jen
Michele G.Compton berkata pemimpin angkatan tentera Amerika dan Malaysia
sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan hubungan ketenteraan antara
kedua-dua negara.
"Hubungan kami memang erat dan dipertingkat dari semasa ke semasa sejak
beberapa tahun lepas. Hubungan peribadi antara kami juga demikian dan
ini dimanfaatkan untuk memupuk hubungan erat dengan ATM," kata pegawai
itu yang berpangkalan di Hawaii kepada pemberita pada Selasa.
Beliau ditemui selepas majlis perasmian latihan tentera bersama "Ex
Keris Strike" di Kem Ulu Tiram di sini, yang dirasmikan Panglima
Divisyen Ketiga Infantri Malaysia Mejar Jeneral Datuk Mohd Razali Ahmad.
Compton berkata latihan 10 hari itu melibatkan gerakan markas
pemerintah bantuan komputer di peringkat briged dan batalion serta
program tindakan sivik perubatan.
No comments:
Post a Comment