Rakyat khususnya pengundi diingatkan supaya tidak
tersalah memilih pemimpin pada Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana kesilapan
boleh mengundang malapetaka kepada agama, bangsa dan negara. Ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim berkata, pengundi harus
mengetahui ciri-ciri pemimpin yang seharusnya disokong dengan memilih
mereka yang baik, bertanggungjawab, tidak menimbulkan masalah dan tidak
selalu menuding jari atau hanya tahu mengeluarkan kenyataan menyalahkan
pihak lain.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata, pemimpin
yang baik amat memahami rakyat, mendengar suara akar umbi dan cuba
menyelesaikan masalah tanpa mengira kaum, agama atau ideologi politik.
...

No comments:
Post a Comment