![]() |
Datuk Onn Jaafar |
Ibu bapa disaran menceritakan sejarah negara kepada anak-anak agar
mereka lebih menghargai keamanan dan berusaha untuk mengekalkannya.
Ketua Pemuda Umno Bahagian Kota Tinggi, Mesran Tukiman berkata, ia
perlu kerana ada sebahagian anak-anak pada masa kini yang sudah lupa
akan sejarah negara sehingga sanggup bertindak di luar batasan
termasuklah menukar bendera Jalur Gemilang.
Menurutnya, perkara sedemikian tidak seharusnya berlaku jika golongan
tersebut mempunyai kesedaran betapa pentingnya mempunyai negara yang
aman serta politik yang baik.
“Kita tidak mahu anak-anak terutama yang menyambung pelajaran ke
institut pengajian tinggi (IPT) mempunyai hubungan yang renggang dengan
ibu bapa kerana politik. Malah perkara tersebut pernah terjadi di mana ada dalam kalangan
anak-anak yang sanggup menentang ibu bapa sendiri kerana perbezaan
pendapat dan fahaman.
“Oleh yang demikian sebagai ibu bapa, kita mestilah memainkan peranan
untuk mengajak anak-anak kita sentiasa bersyukur dengan nikmat keamanan
yang ada sekarang di negara ini,” katanya.
Dalam pada itu katanya, masyarakat Melayu haruslah mempertahankan
negara dengan memberi sokongan kepada kerajaan jika tidak, dikhuatiri
kuasa Melayu di negara ini akan hilang satu hari nanti.
“Jika kita tidak boleh perjuangkan nasib orang Melayu, siapa lagi yang akan memperjuangkan nasib kita,” katanya.
No comments:
Post a Comment