Tuesday, July 10, 2012

PPPMM DESAK POLIS SIASAT ANAK IKAN ANWAR YANG BARU SI AHMAD SHUKRI



Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) membuat satu laporan polis di Balai Polis Sentral, di sini, semalam, terhadap Setiausaha Media Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Shukri Kamarudin yang didakwa menghina Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Laporan berkenaan dibuat presiden PPPMM, A Rahman Mahadi sekitar jam 12.57 petang bersama kira-kira 50 ahli pertubuhan.


Rahman berkata, laporan itu dibuat untuk mendesak pihak polis supaya menyiasat secara terperinci berhubung kenyataan dikeluarkan Ahmad Shukri dalam akaun Twitter yang disifatkan menghina Sultan Johor dan rakyat negeri ini.

“Saya rasa apa yang ditulis dalam Twitternya lebih berat tuduhan ke atas Raja-Raja Melayu khususnya Sultan Johor. Laporan polis ini diharapkan dapat menjadi pengajaran kepada anak-anak Melayu lain yang berpelajaran tinggi.

“Setiap kata-kata beliau (Ahmad Shukri) sangat mencemarkan Raja- Raja Melayu. Janganlah menjadi seorang yang terpelajar, tetapi jahat pemikirannya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui, di sini, semalam.

Ahmad Shukri didakwa mengeluarkan kenyataan berunsurkan penghinaan kepada Sultan Johor dan rakyat negeri ini menerusi laman Facebook dan Twitter miliknya. A Rahman berkata, semua orang Melayu di negara ini diingatkan supaya tidak menjadi penderhaka sekali gus tidak mengheret golongan istana dalam apa jua isu.

“Kita perlu ingat, sebelum wujudnya politik di negara ini, kita perlu tahu di mana kita berpayung. PPPMM akan menjadi benteng kepada istana khususnya semua raja Melayu di tanah air ini. Kita berharap seluruh orangorang Melayu di seluruh negara bangun dan bangkit mempertahankan raja Melayu. Mereka yang mempertikaikan institusi diraja adalah penderhaka," katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...