Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Tuesday, September 25, 2012

LEGOLAND PEMANGKIN PERKEMBANGAN JOHOR


Legoland Malaysia adalah projek pembangunan utama Iskandar Malaysia yang merupakan pemangkin dan berimpak tinggi yang mampu memacu perkembangan serta meningkatan taraf sosioekonomi negeri Johor, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Thursday, September 20, 2012

AMERIKA MAHU TINGATKAT KEKUATAN TENTERA DENGAN MALAYSIA

Angkatan Tentera Malaysia

Angkatan Tentera Amerika ingin meningkatkan hubungan erat sedia ada dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui latihan dua hala. Pemerintah Misi Sokongan Ke-19 Angkatan Tentera Amerika Brig Jen Michele G.Compton berkata pemimpin angkatan tentera Amerika dan Malaysia sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan hubungan ketenteraan antara kedua-dua negara.

Saturday, September 15, 2012

LEGOLAND BAKAL BAWA REZEKI UNTUMK RAKYAT JOHOR


Pembukaan Legoland Malaysia, taman tema baharu di Iskandar Malaysia yang dijadual pada September ini, sememangnya dinanti-nantikan semua pihak di negeri ini termasuk usahawan kecil. Bendahari Gabungan Persatuan Teksi Berdaftar Johor Baharu (Gapet) Hadi Mohamed berkata pembukaan taman tema itu akan memberi rezeki tambahan kepada mereka.
 

Wednesday, July 11, 2012

ANWAR MEMANG DAJAL!!!!! ANAK SAYA ROSAK KERANA ANWAR.....

Dajal inilah yang telah merosakkan ramai anak bangsa...

''Saya tidak pernah mengajar anak berlaku biadab kepada sultan, raja mahupun orang Melayu."

Itulah luahan seorang bapa, Kamarudin Mahmod, 58 yang kesal dengan pengaruh pembangkang sehingga anaknya, Setiausaha Media Solodariti Mahasiswa Melayu (SMM), Ahmad Shukri, 22 sanggup menghina Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan rakyat Johor.

HINANYA NIZAR DI MATA RAKYAT JOHOR


Keputusan Nizar Jamaluddin mengemukkan saman terhadap stesyen televisyen TV3 dan akhbar Utusan Malaysia tidaklah begitu memeranjatkan. Ia memang telah dijangka oleh ramai pihak terutama pimpinan parti politik di Johor baik di kalangan UMNO mahupun Pas sendiri. Ini kerana tindakan tersebut sebagai tindak balas, terhadap sokongan padu yang diberikan oleh rakyat Johor terhadap DYMM Baginda Sultan Johor, Sultan Ibrahim baru-baru ini.

Tuesday, July 10, 2012

PPPMM DESAK POLIS SIASAT ANAK IKAN ANWAR YANG BARU SI AHMAD SHUKRI



Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) membuat satu laporan polis di Balai Polis Sentral, di sini, semalam, terhadap Setiausaha Media Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Shukri Kamarudin yang didakwa menghina Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Laporan berkenaan dibuat presiden PPPMM, A Rahman Mahadi sekitar jam 12.57 petang bersama kira-kira 50 ahli pertubuhan.

Tuesday, July 3, 2012

PPPMM DESAK USIR DIPLOMAT SINGAPURA

Halau DIPLOMAT SINGAPURA Yang BiaDAP

Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) mendesak kerajaan mengusir tiga diplomat asing yang terlibat dalam perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April lalu selain mengharamkan mereka daripada memasuki semula negara ini. Presidennya, A Rahman Mahadi berkata, penglibatan tiga diplomat yang dipercayai dari Singapura itu dilihat mencabul kedaulatan negara apabila menyokong pihak pembangkang kerana cuba membantu menumbangkan kerajaan sedia ada.

Saturday, June 30, 2012

JANGAN BANDING JOHOR DENGAN NEGERI LAIN

Menteri Besar Johor

Pencapaian Johor menarik pelaburan ke negeri ini tidak boleh dibandingkan dengan negeri lain, kerana ia melibatkan bidang berbeza dan juga telah diasaskan sejak dulu lagi oleh Kerajaan Persekutuan secara holistik, bukannya meminggirkan negeri tertentu. Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, perangkaan pelaburan itu juga tidak boleh dinilai mengikut tahun-tahun tertentu kerana kemungkinan pada tahun berbeza sesebuah negeri mencatatkan pelaburan yang lebih tinggi.

Tuesday, June 19, 2012

JOHOR SUMBANG 30% PELABURAN DALAM ETP


Sebanyak 30 peratus pelaburan yang dibawa dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) datang dari negeri Johor sekaligus melonjakkan lagi pertumbuhan ekonomi negeri ini. Datuk Dr Lee Hong Tee (BN-Jementah) berkata pelaburan terutamanya di wilayah Iskandar Malaysia bukan sahaja menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi negeri Johor, malah menjadi ikon dan imej kejayaan negeri ini.

Monday, June 11, 2012

KIT SIANG BERTANDING DI BATU PAHAT, USAHA UNTUK MEWUJUDKAN REPUBLIK???


Sebelum ini, ada ura-ura yang mengatakan Lim Kit Siang, bekas Pengerusi DAP yang kini merupakan Penasihat DAP bakal bertanding di kerusi parlimen Batu Pahat bagi menentang Presiden MCA Chua Soi Lek yang kononnya bakal ‘meminjam’ kerusi tersebut dari penyandangnya Dr. Mohd Puad Zarkashi. Isu ini mula dibangkitkan oleh pemerhati politik dan beberapa aktivis pakatan rakyat yang dilaporkan begitu optimis dengan pandangan tersebut tambahan pula Kit Siang merupakan anak kelahiran Batu Pahat.

PEMBANGUNAN DI JOHOR, SELURUH NEGARA TERIMA KESAN POSITIF


Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata seluruh negara akan menerima kesan positif daripada limpahan pembangunan yang sedang rancak berlaku di negeri Johor pada ketika ini. Menurutnya, pembangunan berbilion ringgit di Johor juga membuktikan Johor dan Malaysia tetap menjadi destinasi pelaburan utama di rantau Asean bagi pelabur-pelabur dalam negara dan asing.

UMAT ISLAM PERLU JADIKAN MALAYSIA NEGARA TERBAIK


Umat Islam di negara ini diajak untuk sama-sama berazam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam terbaik dan dicontohi dunia. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata ini boleh dilakukan dengan merapatkan perpaduan ummah sebagaimana di zaman kecemerlangan Islam yang membawa kepada penyebaran agama itu ke seluruh dunia.

Wednesday, June 6, 2012

IMPLIKASI PERTUKARAN REGIM..


SEGOLONGAN rakyat Malaysia berura-ura untuk menukar rejim atau merobah pemerintah negara menerusi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 tanpa menyedari bahawa implikasi tindakan ini adalah serius dan negatif. Ini kerana rakyat, wilayah dan pemerintahan adalah jasad lahiriah kepada sesebuah negara. Ketiga-tiganya berkait rapat dan saling mengukuhkan satu sama lain. Ketiga-tiganya adalah rujukan kepada keselamatan negara. 

Friday, June 1, 2012

PM Rasmi Tilawah Al-Quran Kebangsaan Di Johor


Datuk Seri Najib Tun Razak akan merasmikan majlis Tilawah al-Quran peringkat kebangsaan kali ke-54 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini Isnin ini. Sejumlah 27 qari dan qariah dari semua negeri, kecuali Kelantan yang tidak menghantar wakil qariah, akan memperdengarkan bacaan masing-masing pada majlis bertemakan 'Persefahaman Asas Perpaduan Ummah' itu yang berlangsung selama lima hari.

Monday, May 21, 2012

Muzakarah tak perlu syarat - Datuk Halim, Tebrau


Tindakan Pas meletakkan syarat ketat bagi Umno untuk bermuzakarah menunjukkan parti komponen pakatan pembangkang tidak ikhlas dalam membincangkan agenda Ummah, Melayu dan Islam. Timbalan Ketua Umno Bahagian Tebrau, Datuk Abdul Halim Suleiman berkata, syarat yang diletakkan Pas membuktikan wujudnya unsur politik berbanding usaha memartabatkan agama, bangsa dan negara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...