Saturday, July 7, 2012

HADI AWANG ‘TENDANG’ SALAHUDDIN SEBAGAI BAKAL MB JOHOR

Puak Endorgan Berjaya Tendang Din Pudu Dari Ditabal Bakal MB Johor

Kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap desas-desus mengenai pemilihan Salahuddin Ayub yang dikatakan bakal di nobatkan sebagai Menteri Besar sekiranya pakatan berjaya menumbangkan BN/UMNO di Johor benar-benar memeranjatkan pimpinan Pas Johor. Ini kerana sebelum ini mereka begitu optimis itu memberikan kerusi MB sebagai menghormati pengorbanan Naib Presiden Pas itu untuk kembali bertanding di Johor.


Hadi Awang ketika ditemui baru-baru ini mengatakan Pas belum lagi mencalonkan mana-mana pemimpin daripada parti itu untuk jawatan tersebut, sebaliknya lebih menumpukan gerak-kerja untuk merampas negeri itu daripada BN/UMNO. Kenyataan Hadi itu ternyata telah menimbulkan suasana kurang senang dan merencatkan semangat para penyokong Salahuddin.

Ini kerana, rata-rata di kalangan mereka telah ada yang mula membayangkan pelbagai jawatan sebagai timbal balas kerana menjadi penyokong kuat Salahuddin. Namun di satu pihak, penyokong Pas yang lain, nyata kenyataan itu amat mengembirakan mereka. Ini kerana, sejak dari mula lagi kumpulan ini ternyata kurang senang dengan lobi dan gerakan yang dilakukan oleh Salahuddin dan pengikutnya. Mereka merasakan kemunculan Salahuddin sebagai calon ‘payung terjun’ dari Johor setelah ditendang keluar dari Kelantan telah menyebabkan sumbangan dan pengorbanan pimpinan Pas Johor yang lain seolah dinafikan.

Kumpulan ini merasakan Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Mahfodz Mohamed dan Pengerusi ANAK, Mazlan Aliman lebih layak unutk dipertimbangkan untuk mengisi jawatan MB kerana mereka ini telah lama menjalankan gerakan dan aktiviti untuk menguatkan Pas di Johor. Ketidakpuasan hati mereka itu nyata telah dihidu oleh Hadi Awang selaku Presiden, maka kenyataan beliau itu adalah merupakan jalan terbaik untuk mengelakkan jentera parti dari berpecah.

Walaupun penyokong Salahuddin berulang kali menegaskan, kehadiran Naib Presiden Pas itu bakal menguatkan sokongan terhadap pakatan pembangkang di Johor, namun kenyataan tersebut nyata tidak diterima oleh penyokong kumpulan yang bertentangan. Ini kerana mereka merasakan kehadiran Salahuddin di Johor bakal mengakibatkan sokongan ‘orang lama’ beralih arah. Tambahan pula, imej Salahuddin sebelum ini pernah tercalar dengan isu berkesedudukan dengan isteri orang di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Rata-rata penyokong dan ‘orang lama’ Pas tahu akan isu ini, sehinggakan suatu ketika dahulu Salahuddin popular dengan jolokan nama Din Pudu. Isu Nizar menghina DYMM Sultan Johor baru-baru ini juga dilihat sebagai penambah punca kepada tersinggkir harapan Salahuddin untuk menjadi MB. Kerana bagi mengelakkan sokongan rakyat Johor beralih arah dari Pas dan pakatan pembangkang, Salahddin  telah mengeluarkan kenyataan yang tidak membela bekas menteri besar Perak itu.

Dan ia telah menyebabkan rata-rata puak dan golongan Anwarisme di dalam Pas atau lebih terkenal dengan gelaran puak Endorgan berang dengan kenyataan tersebut. Mereka merasakan Salahuddin telah melepaskan satu peluang keemasan untuk bersama dalam memastikan imej institusi Johor terus tercalar.  
Sedangkan pada pandangan Salahuddin, Nizar telah menyebabkan peluangnya untuk merampas Johor hancur berkecai. Maka untuk memastikan peluangnya menduduki kerusi sebagai MB, Salahuddin telah membuat kenyataan yang disifat sebagai berlawan arus dari kepimpinan Endorgan. Seperti kata pepatah ‘sudah jatuh ditimpa tangga’ setelah ditendang keluar Kelantan, kini Salahuddin terpaksa menerima hakikat, ditendang buta kali kedua dari jawatan MB Johor.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...