![]() |
YAB PM bersama belia ketika menonton perlawanan bola baru-baru ini |
Pembentukan semangat cintakan negara dalam kalangan belia perlu dipupuk
pada peringkat awal agar mereka mampu menjadi pemimpin yang terbaik
untuk negara di masa hadapan.
Program Sembang-sembang Mesra Belia Dewan Undangan Negeri (Dun) Sri
Medan ‘Pemimpin Bersama Rakyat’ 2012, yang telah dianjurkan ini
bertujuan untuk mendidik golongan muda agar menanamkan semangat cintakan
negara.
Pengerusi Persatuan Belia Ikhtasi Kampung Parit Ju, Mohd Nazry Samsudin
berkata, program berbentuk sembang ini dilihat memberi peluang kepada
belia untuk berkongsi pendapat dan pandangan berkaitan masalah semasa
yang berlaku di dalam negara.
“Sebab itulah pihaknya menganjurkan beberapa program yang boleh
menaikkan semangat belia mencintai negara. “Diharapkan dengan adanya
program yang direncanakan untuk menaik semangat cintakan negara, mereka
sedar akan tanggungjawab sebenar iaitu memelihara keamanan negara,”
katanya ketika ditemui pada program tersebut, dekat sini, kelmarin.
Hadir sama pada program berkenaan ialah Penasihat Belia 4B Parlimen
Parit Sulong, Datuk Syed Hood Syed Edros; Ketua Pergerakan Pemuda Umno
Bahagian Parit Sulong, Datuk Zulkurnain Kamisan dan Ahli Parlimen Parit
Sulong, Datuk Noraini Ahmad.
Mohd Nazry berkata, program seperti ini akan diadakan dari semasa ke
semasa kerana jika tidak, golongan muda akan lupa tanggungjawab mereka.
“Golongan muda adalah penentu kepada jatuh bangun negara ini, kerana
merekalah yang bakal mencorakkannya, untuk menjadi negara yang disegani
ataupun negara yang terus ketinggalan.
“Diharapkan semua pihak akan menerapkan nilai yang dapat mencintai
negara dengan menjaga keamanannya, dengan itu ia akan dianggap
menghormati golongan terdahulu yang sanggup berkorban nyawa untuk
mempertahankan maruah negara ini,” katanya.
No comments:
Post a Comment