![]() |
Uncle Seeker yang gemar pada kontroversi dan gossip |
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim enggan menjawab dakwaan
oleh penulis blog Syed Abdullah Hussein Al-Attas yang didakwa
mengaibkan ayahandanya Sultan Iskandar.
"Biarlah anjing itu
menyalak semahunya. Saya tahu kebenarannya, rakyat Johor juga tahu
kebenarannya, Mengapa
saya harus beri reaksi kepada (dakwaan) karut," katanya dalam satu tulisan di Twitter hari ini.
Sekumpulan 30 individu mengecam tindakan pengamal paranormal, Syed
Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers yang
didakwa mengaibkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di
dalam blognya. Kumpulan berkenaan bertindak membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di sini hari ini.
Wakil kumpulan tersebut, Khairi Azlishah Jalil, 32, mendakwa, blog Uncle Seekers mengandungi unsur-unsur
provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor, Tunku Mahkota Johor
(TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan beberapa pemimpin kerajaan lain.
“Sebagai rakyat Johor yang taat setia kepada Sultan Johor dan
kerajaan berperlembagaan, kami tidak puas hati dengan dakwaan-dakwaan
serta hasutan yang boleh memecah-belahkan rakyat Johor dan kesejahteraan
negeri ini. Kami sendiri tidak tahu tujuan sebenar dia menulis mengenai Sultan
Johor, namun penulisannya seolah-olah bertujuan untuk rakyat negeri ini
membenci sultan," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis
tersebut.
Khairi Azlishah berharap polis menjalankan siasatan terperinci
mengenai artikel dalam blog berkenaan dan mendakwa penulis terlibat. Ini kerana katanya, terdapat dokumen sulit yang sepatutnya tidak
dipaparkan di mana-mana ruang penyiaran dilampirkan dalam blog
berkenaan.
“Laporan polis yang kami buat hari ini tidak mewakili mana-mana parti politik mahupun pertubuhan bukan kerajaan. Penulisan di dalam blog berkenaan semakin hari semakin menjadi-jadi
dan sehubungan itu kami mahu polis menjalankan siasatan dan bertindak
tegas menanganinya," kata beliau.
No comments:
Post a Comment