![]() |
Dajal inilah yang telah merosakkan ramai anak bangsa... |
''Saya tidak pernah mengajar anak
berlaku biadab kepada sultan, raja mahupun orang Melayu."
Itulah luahan seorang bapa,
Kamarudin Mahmod, 58 yang kesal dengan pengaruh pembangkang sehingga anaknya,
Setiausaha Media Solodariti Mahasiswa Melayu (SMM), Ahmad Shukri, 22 sanggup
menghina Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan rakyat Johor.
''Parti pembangkang yang telah merosakkan
masa hadapan anak Melayu, termasuk anak saya sendiri. Saya kesal dan tidak akan
memaafkan mereka sampai hari akhirat. Anak saya ada potensi kerana kakak
dan adiknya berjaya, tetapi pembangkang telah merosakkan masa hadapan anak
saya," katanya.
Sehubungan itu, Kamarudin yang
merupakan pendidik dan isterinya, Rosidah Alias, 55 memohon maaf kepada Sultan
Johor dan rakyat Johor di atas kebiadapan anaknya itu. Katanya lagi, Ahmad Shukri mula
berubah selepas memasuki sebuah kolej universiti di Selangor dan ia menjadi
pemimpin pelajar di situ.
''Masa itulah anak saya sudah
belajar melakukan demonstrasi, kononnya menegakkan kebenaran. Dia menghasut
rakan-rakannya dan selalu hadir dalam seminar yang dianjurkan
pembangkang," ujarnya.
Kamarudin yang kini menerima rawatan
kemurungan, manakala isterinya menghidap sakit jantung meminta orang ramai
mendoakan Ahmad Shukri berubah.
''Anak saya tidak sedar selama ini
kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah banyak membantu pelajaran kami
sekeluarga termasuklah saya dan isteri. Saya tidak akan menyokong pembangkang
sebaliknya akan membalas budi baik kerajaan BN.
''Saya tidak pernah mengajar anak
murid, mahupun anak sendiri untuk menderhaka kepada kerajaan, raja, sultan,
rakyat, bapa mahupun emak," tegasnya.
Katanya lagi, difahamkan Ahmad
Shukri kini berkhidmat dengan parti pembangkang di Selangor dan dijadikan
'kambing hitam' untuk melakukan kerja yang tidak bermanfaat itu.
''Hancur harapan saya dan isteri
kerana pembangkang. Anak saya tidak habis belajar, sekarang pinjaman Perbadanan
Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pun saya yang bayar," ujar
Kamarudin.
Dolo2 masa sy belajar di 1 tmpt.. ada nk buat qiyamulail..ok la tp disamping tu ada ceramah2 politik suruh pelajar2 baru ke arah menyokong parti pembngkang. Tp Alhamdulillah,nasib baik sampai di situ saja,x bepa ekstrem sgt.X tau la pusat pengajian lain cmana.La ni byk sgt pelarjar2 baru ke arah pro pembngkang..ya laa budak2 mudah terpengaruh. pensyrah2 juga yg membntu sama ke arah itu.
ReplyDelete