Aku nak tanya korang semua. Berbaloikah
kalau kita pilih Pakatan untuk memerintah Johor hanya dengan tawaran di
atas? Itukah sahaja yang mampu ditawarkan kepada rakyat Johor jika
mereka memerintah?
Tawaran pertama
tu, aku tak kisah le berapa lama seseorang tu nak jadi MB, selagi dia
menyenangkan rakyat dan membawa kemakmuran dan kesejahteraan. Kalau
seseorang tu memang bagus untuk jadi MB, aku peduli apa berapa penggal
dia nak jadi MB.
Bab kedua
tu, setahu aku kerajaan BN memang dah buatpun. Lagipun apa nak aku
bimbangkan, kebanyakan calun BN dia orang memang dah kaya dan dah mewah
sebelum jadi YB. Lain le kalau calun PAS, harap jadi kaya selepas jadi
YB. Kalau YB miskin macam mana nak tolong orang lain?
Bab ketiga
tu, cuma setakat RM12 aje sebulan. kalau Pakatan dah perintah, nanti
tiap-tiap hari dia buat ceramah dan tadah tong mintak derma. Kalau
sekali campak 50 sen aje, sebulan dah RM15. Tak berbaloi!!!
Bab keempat
tu, berapa banyak nak bagi kurang. Yang banyak tertunggak bayar cukai
rumah murah dan sederhana tu pengikut PAS kot? Kalau bagi sebiji rumah
kos sederhana pada setiap rakyat secara percuma, berbaloi juga.
Bab kelima
tu, aku dah kawin. Tu le, asyik sibuk berceramah dan dengar ceramah
aje, sampai nak kawinpun nak mintak insentif dari kerajaan. Mas kahwin
kat Johor ni cuma RM22.50 aje.
Yang keenam
tu lagi le bodoh bunyinya. Takkan setiap kali aku nak wifi percuma, aku
nak kena pegi bandar. Baik le duit minyak atau tambang ke bandar tu aku
buat bayar BB. Surfing kat rumah lagi best. Bodoh bebeno aku dengar
bunyi tawaran ni!
Berbaloi ke?
Sumber : TENGGARA is SOUTHEAST
No comments:
Post a Comment