Sunday, May 27, 2012

LAGI RAKYAT JOHOR BANTAH PROVOKASI PEMBANGKANG


Baru-baru ini warga peneroka di Felda Semenchu telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah, Kota Tinggi bagi menyatakan bantahan dan perasaan kurang senang atas tindak tanduk pakatan pembangkang sejak akhir-akhir ini yang cuba menimbulkan suasana huru-hara di kalangan rakyat.


Ini kerana tindakan tersebut telah mengakibatkan majoriti rakyat berasa kurang selesa diatas pelbagai program dan provokasi yang mereka cetuskan. Menurut salah seorang peserta himpunan tersebut menyatakan, mereka sebagai warga felda amat cintakan keamaan dan tindakan pembangkang seoalh-olah cuba mencabar kerajaan dan majorit rakyat amat tidak boleh diterima.

Mereka juga menyatakan, baru-baru ini penduduk kampung dimaklumkan mendapat makluman mengenai satu ceramah politik yang ingin dianjurkan oleh parti Keadilan Kota Tinggi yang diketui oleh saudara Razak Esa.

Pihak kami dimaklumkan, PKR Kota Tinggi telahpun memohon permit untuk mengadakan di ceramah tersebut hadapan salah satu kedai makan salah seorang peneroka yang dijadualkan akan diadakan pada 31 Mei ini.

Namun apabila diperiksa, peneroka tersebut yang juga merupakan pemilik gerai langsung tidak tahu menahu akan program yang ingin diadakan itu. Setelah bantahan dibuat, akhirnya pihak penganjur telah menarik semula permit tersebut.

Ini juga merupakan salah satu bentuk provakasi yang diadakan bertujuan untuk memecah belahkan keharmonian dan perpaduan orang kampung terutama peneroka Felda.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...