Keputusan Pas Pusat untuk menghantar Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub untuk bertanding di Johor di sambut baik oleh rata-rata pimpinan dan penykong Pas Kawasan di Johor. Ini kerana mereka merasakan, ia bakal menguatkan jentera parti dalam memastikan kubu kuat UMNO ini dirobek dalam PRU13 nanti.
Ia sekaligus, dapat menyuntik semangat jentera dan petugas parti sekaligus mempengaruhi sebilangan besar pengundi atas pagar dan golongan muda untuk menukarkan kerajaan negeri bagi ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Namun di dalam keghairahan itu, ternyata ia telah menimbul rasa tidak senang di kalangan segelintir pimpinan Pas di peringkat negeri Johor.
Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai antara yang tidak puas hati dengan kembalinya Salahuddin ke negeri Johor ialah AJK Pas Pusat, Mazlan Aliman yang juga merupakan Pengerusi, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK).
Perasaan tidak senang itu,berpunca apabila keputusan Pas pusat untuk meletakkan Salahuddin bertanding di Johor untuk menguatkan jentera parti, bukan sahaja dilihat menidakkan kebolehan beliau dalam mengemudi jentera parti negeri di Johor, tetapi yang lebih memeranjatkan beliau adalah, apabila sudah mula kedengaran desas-desus untuk meletakkan Salahuddin di kerusi Menteri Besar andai UMNO berjaya ditumbangkan kelak.
Sedangkan selama ini, beliau telah berhempas pulas untuk mengerakkan aktiviti parti di peringkat negeri sehinggakan ramai penyokong-penyokong Pas telah mula memandang tinggi diatas usaha dan pengorbanan yang beliau mainkan selama ini. Ditambah pula dengan gerakan yang beliau ketuai kononnya untuk memperjuangkan isu-isu masyarakat Felda melalui ANAK, sehingga ada yang telah melihat dirinya sebagai 'hero' dan 'ayam sambung' muda buat Pas negeri Johor.
Sekiranya dilihat dari semua usaha yang telah beliau curahkan selama ini, maka sudah pastilah kehadiran Salahuddin ke Johor telah menimbulkan rasa kurang senang terutama di kalangan pengikut-pengikutnya. Walaupun pada mulanya, beliau cuba untuk menyembunyikan rasa marah, kerana dipinggirkan melalui keputusan itu, namun mutakhir ini perasaan itu seakan-akan sudah tidak dapat dibendung lagi.
Penulis difahamkan ketika ini, sudah ada gerakan untuk memastikan agar Salahuddin kecundang di mana-mana kerusi DUN yang bakal di tandinginya nanti. Maka tidak hairanlah apabila Salahuddin Ayub terpaksa merahsiakan terlebih dahulu kerusi yang bakal dipilih nanti. Nampaknya Salahuddin juga terpaksa mengunapakai pendekatan selamat MB Selangor, Khalid Ibrahim untuk bertanding di kerusi DUN dan Parlimen bagi mengelakkan nyawa politiknya berakhir.
Persoalannya, apakah Mazlan Aliman juga merupakan golongan Endorgan dan parasait-parasit di dalam Pas seperti yang pernah di dakwa oleh bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.
No comments:
Post a Comment