Sunday, May 27, 2012

PEMBANGKANG CUBA PROVOKASI DAN PENIPU - AZALINA


Perhimpunan politik PKR di Kampung Datuk Abdul Ghani Othman yang berlangsung malam kelmarin, didakwa sebagai gerakan pembangkang bagi mewujudkan tindakan agresif yang bertujuan untuk menghasut penduduk. Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Azalina Othman Said berkata, berdasarkan risalah yang diedarkan pada ceramah tersebut, yang menyebut tentang risiko kesihatan yang akan dihidapi penduduk jelas menunjukkan tuduhan tidak berasas.

“Pada risalah yang diedarkan pada ceramah itu, mereka menyebut tentang risiko kesihatan yang akan dihidapi penduduk termasuklah penyakit barah hidung, barah usus dan pelbagai lagi sekiranya projek pembangunan gas dan minyak ini  dijalankan.

“Adakah mereka ini mempunyai bukti yang sahih yang menunjukkan projek tersebut menyebabkan masalah kesihatan? “Malah sebelum ini kita tidak pernah mendengar pula akan projek sama seperti yang dibangunkan di Jurong, Kerteh yang mengakibatkan penyakit tersebut.

Tuduhan ini jelas menunjukkan penipuan daripada pembangkang yang bertindak untuk mewujudkan provokasi,” katanya pada sidang media di Bangunan NGO Parlimen Pengerang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...