Tuesday, July 3, 2012

PPPMM DESAK USIR DIPLOMAT SINGAPURA

Halau DIPLOMAT SINGAPURA Yang BiaDAP

Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) mendesak kerajaan mengusir tiga diplomat asing yang terlibat dalam perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April lalu selain mengharamkan mereka daripada memasuki semula negara ini. Presidennya, A Rahman Mahadi berkata, penglibatan tiga diplomat yang dipercayai dari Singapura itu dilihat mencabul kedaulatan negara apabila menyokong pihak pembangkang kerana cuba membantu menumbangkan kerajaan sedia ada.


Menurutnya, tindakan ketiga-tiga diplomat jelas tidak menghormati negara ini selaku jiran dan tindakan berkenaan boleh mencetuskan ketegangan di antara kedua-dua negara sekali gus menjejaskan hubungan dua hala yang sudah lama terjalin.

“Kami berharap ketiga-tiga diplomat tersebut ditangkap dan disoal siasat, apakah motif penglibatan mereka dalam perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April lalu.

Singapura sepatutnya lebih matang terhadap sensitiviti rakyat dan negara ini serta tidak sesekali campur tangan urusan negara asing.

“Mereka tidak sepatutnya mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan dan kemudian memberi alasan. Justeru kami mahu ketiga-tiga diplomat ini diusir dan diharamkan masuk ke negara ini,” katanya kepada media pada program Melayu Kembalilah Bersatu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan penglibatan tiga diplomat Singapura dalam perhimpunan Bersih 3.0 pada April lalu dan gesaan yang dibuat pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap mereka.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...