Fasa pertama pembayaran kepada pemilik 74 plot tanah yang bersetuju
untuk pengambilalihan tanah bagi pembangunan projek Kompleks Bersepadu
Pengerang Petroleum (PIPC) akan diberikan selewatnya minggu depan. Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor, Elias Hasran berkata
sebanyak 223 plot tanah telah dibicarakan bagaimanapun hanya 74 pihak
berkenaan iaitu terdiri daripada pemilik atau pemegang gadaian bagi
tanah terbabit bersetuju.
