Demi kerana kemaruk untuk berkuasa mereka sanggup lakukan apa sahaja atau dalam erti kata lain 'Matlamat yang Menghalalkan Cara. Sebentar tadi saya telah dihubungi oleh seorang rakan yang memaklumkan mengenai satu ceramah yang dianjurkan oleh PKR dan PAS Kota Tinggi di Taman Sri Saujana.
Yang lebih menarik, setelah diperiksa rupa-rupanya pihak pengajur tidak mempunyai permit untuk menganjurkan program tersebut. Namun kerana kemaruk dan ingin berkuasa ceramah propaganda tersebut tetap diteruskan walaupun mendapat bantahan dari penduduk setempat yang tidak berpuas hati atau ganguan ketenteraman awam itu.
Tetapi pihak pengajur tetap berkeras untuk meneruskan program tersebut dengan alasan ia dilakukan di kawasan markas. Inilah yang dinamakan cubaan provokasi, walaupun sedar mereka telah silap dengan melanggar peruntukan undang-undang namun masih berdegil untuk meneruskn aturcara. Dan sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini sudah tentu UMNO/BN akan dipersalahkan.
Jadi buat orang-orang UMNO/BN selepas ini, sekiranya ingin melakukan sebarang aturcara dan program, tidak perlu mengambil sebarang permit. Teruskan sahaja program yang ingin dilakukan walaupun jarak program yang akan dianjurkan itu hanya selang 100 meter. Anda semua boleh jadikan isu ceramah pakatan pembangkang di Taman Sri Saujana ini sebagai 'precedent'. Kita tengok lepas itu apa yang ingin mereka katakan.
Ayuh warga pemuda, puteri dan belia Johor.. Kita Gempur pakatan pembangkan dan nyahkan mereka dari bumi Johor ini.

No comments:
Post a Comment