Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor
(MAINJ), Datuk Nooh Gadut berkata, adalah haram hukumnya menyokong
perjuangan Irshad Manji yang mempertahankan cara hidup sebagai seorang
lesbian dan sesiapa yang berbuat demikian harus segera bertaubat.
Oleh itu, katanya, tindakan pihak berkuasa menyekat pengedaran buku berjudul Allah, Kebebasan dan Cinta
tulisan Irshad yang mendukung gerakan lesbian, gay, biseksual dan
transgender (LGBT) perlu disokong kerana jika dibiarkan ia akan
merosakkan akidah umat Islam negara ini.
"Adalah jelas bahawa Irshad Manji adalah seorang yang memperjuangkan
gaya hidup lesbian dan gay yang bertentangan dengan hukum agama Islam,
namun masih terdapat golongan tertentu masih memberikan kerjasama
kepadanya semasa dia datang ke negara ini.
No comments:
Post a Comment