Saturday, May 19, 2012

Cubaan Memalukan PM di London, Biadap - Azalina


Tindakan beberapa jemputan yang menuturkan perkataan 'bersih' semasa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan pada majlis Jamuan Makan Malam yang dihadiri oleh rakyat Malaysia serta para pelajar yang berada di London merupakan perilaku biadab dan tidak bertamadun.


Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman berkata, kelakuan atau 'peel' itu juga tidak mencerminkan perilaku masyarakat Malaysia yang sebenarnya.

"Secara jujur selaku rakyat Malaysia saya rasa kecewa dengan tindakan mereka yang sanggup mengejek dan memalukan Perdana Menteri sendiri di luar negara.

"Kalau tak suka dengan kerajaan sedia ada, pilihan raya umum (PRU) nanti baliklah ke Malaysia dan kemudian pilihlah pembangkang baru profesional. Ini tidak duduk luar negara, subsidi, bantuan dan kemudahan yang diberikan oleh kerajaan mereka kebas. Semasa duduk dalam negara takut bila kat luar negara tunjuk berani," katanya.

Azalina berkata, sepatutnya mereka bersyukur dengan nikmat yang diperolehi hasil perjuangan kerajaan yanga ada sekarang sehingga mereka boleh bedkerja, menetap dan belajar di luar negara termasuk London.

Katanya,berbanding dengan beebrapa negara di Eropah di mana masih ada rakyatnya yang miskin, kejadian jenayah menjadi-jadi, soal kebajikan dan ekonomi mereka juga tidak menentu. Ini semua mereka boleh lihat dengan mata kepala sendiri krana mereka mentap di negara-negara terbabit
  
Beliau berkata demikian kepada ketika mengulas kelakuan beberapa tetamu rakyat Malaysia termasuk pelajar yang dijemput untuk program ramah bersama Perdana Menteri, di London baru-baru, yang menuturkan perkataan 'bersih' sehingga menggangu ucapan Perdana Menteri.

Insiden yang memalukan rakyat Malaysia itu dapat dilayari menerusi laman Youtube. Kata Azalina, jika mereka bencikan kerajaan sedia ada  mereka boleh menukar kerakyatan dan tinggal dimana-mana negaar yang mereka sukai.

"Saya ingin mencabar jika menukar kerakyatan masing-masing adakah mereka berani mengejek atau memperlekeh-lekehkan kerajaan di mana mereka bernaung," katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...