Saturday, May 19, 2012

Durian Runtuh: Peneroka Maki Mazlan Aliman


Sebelum pemberian 'Durian Runtuh', ramai peneroka Felda telah termakan hasutan dari Pengerusi ANAK yang juga merupakan AJK Pas Pusat, Mazlan Aliman. Pelbagai tohmahan dilemparkan kepada kerajaan konon nasib dan tanah peneroka bakal tergadai sejurus selepas penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH). Tidak kurang juga ada yang yang mencemuh dan menentang penyenaraian ini di pasaran Bursa Saham Malaysia.


Namun sejurus selepas YAB Perdana Menteri mengumumkan jumlah 'durian runtuh' yang bakal diterima, ramai dikalangan mereka tertelan kata dan malu sendiri. Dan yang lebih memeranjatkan mereka juga antara yang hadir dalam kelompok peneroka yang lain bagi menerima pemberian tersebut.


Senario ini sudah tentu tidak begitu disenanggi oleh Mazlan, kerana dengan pemberian ini juga secara tidak langsung telah meningkatkan populariti YAB Perdan Menteri dan kerajaan Barisan Nasional. Namun untuk menghalang mereka dari pergi menerima pemberian tersebut, bakal menyebabkan beliau dimaki kerana tohmahan yang dicanangkan sebelum ini. 
Mohd. Zain Jusoh yang merupakan AJK Pas cawangan Chini memeluk erat pemimpim UMNO selepas majlis penyampaian cek durian runtuh Felda bagi fasa pertama.
 
Penyenaraian FGVH di Bursa Saham, akan melonjakkan lagi ekonomi peneroka, malah tanah milik peneroka termasuk ladang dan rumah mereka tidak ada tergadai walau apa pun yang berlaku. Ini kerana setiap perkara termasuk penyenaraian FGVH itu telah dikaji dengan begitu teliti bagi mengelakkan peneroka teraniya. Kerajaan BN sudah pasti tidak akan menyebabkan rakyat dan peneroka menderita, malah akan sentiasa berusaha bagi mengangkat peneroka ke tahap yang lebih baik daripada sekarang.
 
Tokoh parti DAP Jamaludin Shariff yang juga Ketua Cabang Parti Keadilan dari Felda Chini, mengambil cek durian runtuh RM5,000 peringkat pertama. Dia juga merupakan ketua yang menyaman Felda atas dakwaan penipuan dan pecah amanah yang dikatakan melibatkan nilai sehingga RM433 juta.

Ini kerana, mereka tidak lagi bergantung hidup dengan hasil perladangan semata-mata di masa akan datang, malahan akan beroleh pendapatan yang lebuh baik dan berganda apabila saham itu diniagakan kelak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...