Monday, May 21, 2012

Harapan Jui Meng Jadi MB HANCUR BERKECAI


Ketua PKR Johor, Chua Jui Meng terpaksa akur dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1985 yang menghalang orang bukan Islam dan Melayu dari menjawat jawatan menteri besar (MB). Patutlah Salahuddin diminta untuk 'transfer' ke Johor. Ada plan untuk dijadikan 'kuda tunggangan rupanya'.


Pelantikan MB dalam kalangan orang bukan Melayu dan bukan Islam adalah mustahil berdasarkan peraturan yang termaktub di dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1985.

Pensyarah Kanan Fakulti Sejarah dan Pengajian Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Kasim Tukiman berkata, Perkara 34 dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1985 memperuntukkan kuasa mutlak Raja (Sultan) untuk melantik menteri besar.

Selain itu katanya, Perkara 34 berkenaan juga termaktub di bawah Perkara 31 iaitu jemaah menteri termasuk menteri besar mestilah terdiri daripada rakyat Johor yang beragama Islam dan berbangsa Melayu.

“Menurut Perkara 34 di dalam undang-undang berkenaan ada menyebut bahawa Raja berkuasa mutlak untuk melantik menteri besar.

“Perkara ini juga termaktub di bawah Perkara 31 yang menyebut jemaah menteri termasuk menteri besar perlu mengangkat sumpah bahawa dia merupakan rakyat Johor yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.

“Maknanya jika dilihat berdasarkan perkara-perkara ini adalah mustahil dan tiada kemungkinan bahawa menteri besar akan dipilih dari kalangan orang bukan Melayu dan bukan beragama Islam,” katanya semalam.

Bagaimanapun katanya, dalam Perkara 47 undang-undang yang sama ada memperuntukkan pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (Exco) boleh dari kalangan pemimpin bukan beragama Islam dan bukan Melayu.

“Dalam Perkara 47 ini tidak diwajibkan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri terdiri daripada orang Melayu dan beragama Islam tetapi mestilah wajib dari kalangan rakyat Johor,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...