Saturday, May 19, 2012

Kenyataan Hina Sultan Johor, UMNO Pengerang Anggap Biadap

Sebanyak 2 laporan polis telah dibuat oleh UMNO Bahagian Pengerang dan Pemuda UMNO Bahagian Pengerang bagi menyatakan bantahan dan membidas kenyataan yang dibuat oleh pembaca-pembaca portal Malaysiakini yang secara jelas telah menghina dan bertujuan untuk memalukan Institusi Diraja Johor. Kenyatan yang dibuat itu sebagai maklumbalas dari artikel yang bertajuk 'Warga Pengerang Di Minta Kerjasama'.


Rujuk artikel tersebut : Warga Pengerang Diminta Kerjasama

 
Titah DYMM Baginda Sultan Johor itu disampaikan ketika melancarkan projek Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Pengerang pada 13 Mei yang lalu.
 
Ketika ditemui, Setiausaha Kerja UMNO Bahagian Pengerang, Abdul Wahab Manan mengatakan, apabila membaca komen-komen tersebut, mereka sebagai anak jati Johor merasa amat kesal dan marah atas tindakan  tersebut serta percubaan mereka yang cuba untuk mengheret institusi Diraja Johor ini ke kancah politik. Mereka juga mengutuk dengan sekeras-kerasnya kenyataan-kenyataan tersebut yang secara jelas amat biadap dan menghina institusi Diraja Negeri Johor. Kenyataan-kenyataan tersebut dilihat mempunyai niat jahat bertujuan untuk memalukan institusi Diraja ini.

Beliau turut menegaskan perbuatan seumpama itu juga jelas tidak mencerminkan perilaku masyarakat Malaysia secara amnya, dan rakyat negeri Johor secara khususnya yang amat memandang tinggi institusi Diraja.  

Sejurus selepas membuat laporan polis, di Balai Polis Bandar Penawar, mereka turut mengesa pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap mereka-mereka yang biadap ini bagi memastikan perkara seumpama ini tidak berulang di masa hadapan.

"Mereka-mereka itu juga perlu menyatakan maaf secara terbuka kepada DYMM Baginda Sultan Johor, kerajaan negeri dan rakyat johor seara keseluruhannya diatas perbuatan yang biadap ini", tambah Wahab lagi.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...