Pas dilaporkan telah bersetuju untuk meletakkan calon dari kalangan
bukan Islam bagi mewakili parti itu untuk bertanding di Johor pada
pilihan raya umum ke-13 nanti. Kenyataan tersebut disuarakan oleh Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas, Hu Pang Chaw yang mengatakan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal ditandingi itu ialah di kawasan Tiram, Johor.
Pang Chaw turut mengesahkan, perkara ini sudah pun dipersetujui oleh Pas pusat. Oleh yang demikian DHPP akan meminta Pas
pusat agar terima cadangan untuk meletakkan calon dari sayap DHPP di kerusi tersebut, tidak kira sama ada kerusi Parlimen atau pun DUN.
DHPP adalah sayap kepada Pas, yang mewakili penyokong mereka di kalangan bukan Melayu dan bukan Islam. Pang Chaw juga menegaskan, dalam usaha meletakkan calon dari sayap DHPP,
mereka memerlukan strategi bagi memastikan kemenangan kerana tidak ada
faedahnya meletakkan calon dari kalangan anggota DHPP kalau tidak
menang.
Sebagai contoh, meletakkan calon Pas dari kalangan DHPP di kawasan
yang majoriti pengundi orang Melayu akan meletakkan parti itu dalam
keadaan sukar untuk mencapai kemenangan. Pang Chaw turut mengatakan sayap DHPP akan menghantar senarai calon kepada
Pas pusat melalui Pas negeri untuk meletakan calon yang telah dikenal pasti di Kedah, Perak,
Selangor, Johor dan Sarawak.
Walaupun perkara ini nampak mudah, namun hakikatnya Pas dan pimpinan terpaksa menerima hakikat, disebabkan salah pencaturan dan strategik telah meletakkan parti itu di dalam keadaan yang serba salah. Ia boleh diumpamakan seperti memakan buah beracun 'ditelan mati emak, diluah mati bapa'.
Ini kerana sayap DHPP yang ditubuhkan suatu ketika dahulu bagi menarik sokongan bukan Islam untuk menyokong perjuangan Pas bakal mengakibatkan beberapa kuota kerusi yang diperuntukkan kepada parti itu melayang. Sedangkan sebelum ini, Pas terpaksa berebut dan bertegang urat dengan rakan-rakan yang keras kepala dan degil di dalam DAP dan PKR ketika mesyuarat pembahagian kerusi, kini terpaksa pula akur dengan desakan dari sayap DHPP.
Suka atau tidak, Pas terpaksa menerima hakikat, perjuangan politik mereka bukanlah percuma.
No comments:
Post a Comment