Insiden Anwar dan Salahuddin Ayub dihalau dari masjid di Pulai Perdana
selepas Anwar cuba memberikan tazkirah maghrib, memberikan indikasi
penting kepada Pakatan Rakyat, khususnya kepada Salahuddin Ayub yang
bercita-cita untuk menjadi Menteri Besar Johor PAS yang pertama
depanjang tempoh penubuhan parti berkenaan.
Institusi masjid di Johor sangat berbeza dengan institusi masjid di Kelantan mahupun Kedah apatah lagi Selangor. Masjid-masjid di Johor sentiasa dimakmurkan dengan pelbagai kegiatan keilmuwan selain aktiviti keagamaan biasa.
Salahudin Ayub telah dicampak keluar dari kubu kuat PAS kononnya untuk mengembangkan pengaruh dan membesarkan kejayaan PAS di seluruh negara. Walau bagaimanapun ramai yang melihat tindakan tersebut sebagai usaha untuk membunuh Salahuddin Ayub memandangkan PAS sebenarnya tidak mempunyai tempat di Johor.
Melihatkan kepada reaksi yang ditunjukkan oleh jemaah di masjid Pulai Perdana itu, Salahuddin sebenarnya perlu mengambil inisiatif membelakangkan Anwar Ibrahim. Salahuddin Ayub sebenarnya mempunyai kekuatan tersendiri.
Biarpun
mungkin dia kurang popular di Johor berbanding di peringkat Pusat,
Salahuddin yang turut merupakan salah seorang daripada panel penasihat
SPRM lantikan kerajaan, sebenarnya mampu membentuk kekuatan tersendiri
di negeri kelahirannya itu.
PAS mungkin sukar
menembusi Johor. Namun gerak kerja PAS yang bersungguh-sungguh
menggunakan kekuatan iltizam ahli-ahli tegarnya, lambat-laun akan
membuka ruang yang lebih besar di Johor sepertimana yang berlaku di
Perak dan Selangor. Bagaimanapun, PAS tidak boleh melakukan kesilapan
besar seperti yang berlaku di Perak menerusi perlantikan dan
pengangkatan Nizar Jamaluddin yang akhirnya memalitkan najis ke muka dan
batang tubuh PAS sendiri.
Salahuddin Ayub
seharusnya telah menyedari hakikat bahawa Anwar Ibrahim di Johor,
hanyalah cerita dalam bayangan. Mungkin cerita tentang kehebatan Anwar
Ibrahim, laku di Pulau Pinang dan Selangor, Kelantan serta beberapa
tempat yang DAP melihat Anwar sebagai pemangkin sokongan Melayu kepada
parti itu, namun di kebanyakan tempat di Johor, Anwar adalah bahan
ejeken dan lelucon.
Anwar telah terbukti serba
melawakkan. Kehadirannya di Kampung Melayu Kluang tidak lama dahulu,
tidak sahaja disambut dengan ejekan, bahkan jumlah yang hadir mendengar
ceramahnya juga sangat kecil. Begitu juga di Mersing dan beberapa tempat
yang lain... semuanya menjurus kepada penolakan total terhadap Anwar
Ibrahim dan PKR.
Potensi PAS di kalangan
rakyat Johor, memang ada. Namun 'kesilapan' PAS yang menjalinkan
hubungan baik dengan DAP dan PKR, pastinya akan menyebabkan PAS menerima
kesan buruk yang lebih besar.
Dek kerana
itulah, Salahuddin Ayub sebagai 'perintis' kepimpinan utama PAS yang
mahu merampas atau mengubah demografi Johor, seharusnya mencari jalan
yang lebih ideal dan lebih berinovatif berbanding terus mengheret Anwar
Ibrahim ke sana ke sini menjelajah setiap inci bumi Johor, kononnya
untuk menguatkan PAS, walhal apa yang berlaku sebenarnya ialah, Anwar
yang cuba mencari tempat dan kedudukan di negeri tersebut!!!
Sumber The Flying Kick
No comments:
Post a Comment