Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Inilah akibatnya apabila Mantan Menteri Besar Perak, Nizar "The Puppet" Jamaluddin telah memfitnah keluarga DiRaja Johor di dalam ruangan sosial Twitternya, bahawa Keluarga DiRaja Johor telah menggunakan duit Rakyat untuk membida nombor kenderaan "WWW1" yang diberitakan melebihi setengah juta. Berikutan Twitter biadap di atas Tengku Mahkota Johor telah mengeluarkan kenyataan Baginda di dalam ruangan sosial Twitter Baginda seperti berikut:
Walaupun CTS bukan Rakyat Johor, CTS merasa terhiris dan terhina dengan
kenyataan biadap seorang barua komunis ini. Kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan kau pasti binasa wahai Nizar "Lambai". Selepas
ketiadaan jawatan sebagai Menteri Besar, baru sibuk bercakap perihal hal
kebajikan Rakyat. Semasa menjadi Menteri Besar, berapa banyak rumah
untuk orang miskin yang telah kau bina?
Berkenaan bidaan WWW1 yang heboh diperkatakan semenjak malam tadi yang
telah menjadi milik Tuanku Sultan Ibrahim, ramai yang membuat tanggapan
sendiri. Malah ada yang berkata Sultan Johor membeli plat nombor kereta
guna duit Rakyat. CTS berpendapat kalau orang biasa yang mampu membeli
nombor plat mahal dikatakan orang itu berkerja keras, sebaliknya kalau
pemerintah beli nombor plat mahal dikatakan pemerintah itu makan duit
rakyat? Mana keadilannya.
Sebenarnya Keluarga Diraja Johor dari dulu lagi ada bisnes sendiri.
Semenjak zaman Almarhum Sultan Iskandar lagi kita sudah disajikan dengan
cerita yang memeranjatkan seperti Yang Dipertuan Agong Ke-8 mendermakan
kesemua elaun kepada badan kebajikan sebanyak RM3.8 juta sehinggakan
Almarhum dilabelkan sebagai "Raja Yang Tak Bergaji". Sifat ini diwarisi
oleh Sultan Ibrahim, contoh yang kita tahu Sultan Johor kurnia 11
kereta, 8 Harley Davidson kepada PDRM. Jika difikir logik, mengapa
hendak membeli kereta atau nombor plat menggunakan duit rakyat?
Dan pembaca CTS juga perlu ingat Sultan Johor mempunyai kekayaan mereka
sendiri. Malah Sultan Sir Ibrahim moyang Sultan sekarang merupakan salah
seorang lelaki terkaya di dunia satu masa dahulu. Apabila kita membaca
senarai yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkenaan
"Senarai Permohonan Tender Yang Berjaya", pembaca dapat melihat diatas
sekali tertulis "D.Y.M.M SULTAN IBRAHIM JOHOR". CTS merasakan Rakyat
Johor tidak akan terperanjat, sebab Rakyat Johor memang percaya Tuanku
berkemampuan. Dan berbalik pada senarai tersebut, itu menunjukkan yang
Tuanku menggunakan saluran dan prosedur yang betul apabila berurusan
dengan kerajaan. Tuanku juga tidak menggunakan kedudukan baginda untuk
mendapatkan sesuatu yang diingini.
Sumber Khairul Ryezal
Sumber Khairul Ryezal
No comments:
Post a Comment