Sunday, June 3, 2012

DEBAT SALAHUDDIN vs MB JOHOR : USAHA UNTUK MEMBERSIH DOSA NIZAR?


Baru-baru ini Ketua Pemuda Pas Johor, mencadangkan agar satu debat diadakan di antara YAB Menteri Besar Johor, Dato Abdul Ghani Othman dan YB Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub. Idea dan kenyataan yang disuarakan itu lantas disambut oleh blog dan portal-portal pembangkang kononnya bagi memperlihatkan ia sebagai orde politik baru. Dan sebarang penolakkan kepada cadangan tersebut bakal ‘memberi modal’ baru kepada mereka untuk mengambarkan konnnya Ghani Othman ‘takut’ dan sebagainya.


Yang lebih melucukan lontaran idea pada 30 Mei itu, dibuat sejurus selepas kenyataan biadap Nizar menghina Sultan Johor. Percubaan itu tidak lain tidak bukan bertujuan untuk mengalihkan perhatian rakyat Johor dari terus tertumpu kepada kenyataan Nizar itu, yang dilihat bakal mengakibatkan pakatan pembangkang tersungkur pada PRU13 nanti.

Ini kerana mereka sedar, hubungan rakyat antara rakyat Johor dengan Sultan Johor yang berjiwa rakyat. Oleh itu kenyataan tersebut telah menyebabkan peratusan undi yang menyokong pembangkang khususnya Melayu professional dan golongan pertengahan mula beralih kepada BN/UMNO. 

Menurut sumber yang boleh dipercayai, kenyataan tersebut turut mendapat tentangan dari penyokong dan ahli-ahli Pas di Johor sendiri. Perasaan tidak puas hati itu kerana, mereka percaya ia adalah merupakan percubaan ‘senyap’ dari puak Endorgan dan parasit di dalam Pas untuk menyingkirkan Salahuddin dari pentas politik.

Ini kerana mereka yakin ia bakal menyukarkan kedudukan Salahuddin untuk memperolehi kemenangan dan sokongan bagi kerusi Parlimen dan DUN dalam PRU13 kelak. Ia sekaligus akan memudahkan usaha mereka untuk terus ‘membunuh’ karier politik Salahuddin pada pemilihan Muktamar Pas yang dijangka diadakan pada 2013 nanti.

Berbalik kepada isu debat tadi, ia sebagai satu usaha untuk menyelamatkan Salahuddin dari terus ‘dihukum’ oleh rakyat Johor. Selain dari itu, cadangan untuk debat itu juga merupakan senjata yang mempunyai 2 mata. Sekiranya MB Johor tidak memberikan respons atau menolak debat tersebut, maka pelbagai label akan dianugerahkan seperti takut, tak ada telur dan sebagainya. 

Namun sekiranya permintaan tersebut diterima, ia bakal digunakan untuk memperlihatkan kepada rakyat Johor bahawa status Salahuddin sebagai bakal MB ada kewajarannya. Dan secara tidak langsung bakal memberikannya ‘mileage politik dan promosi ‘percuma’.

Apapun, semua usaha yang dilakukan itu semata-mata bertujuan untuk mencuci dosa Nizar yang dipercayai adalah merupakan salah seorang parasit dan penyokong puak-puak Endorgan dalam Pas. Kenyataan Nizar itu bukan sahaja bakal memusnahkan impian pakatan pembangkang menembusi kubu kuat BN/UMNO tetapi juga bakal ‘membunuh’ satu-satunya penyokong kuat Ustaz Hadi Awang di dalam Jawatankuasa Pas pusat yang pada ketika ini sedang dikepong oleh golongan Endorgan dan parasit.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...