Tuesday, June 19, 2012

KENYATAAN BIADAP, HASIL DIDIKAN KEJI ANWAR

Kenyataan Kakak Syukri yang mengakui tindakan adiknya itu hasil dari didikan insan keji

Tindakan Ahmad Syukri Kamarudin yang menghina DYMM Sultan Johor baru-baru ini telah menimbulkan pelbagai reaksi. Dan yang paling mengejutkan tindakannya itu telah menimbulkan reaksi kurang senang dari kakak kandunganya sendiri Dr Aida Zurianie. Kakak Syukri telah melahirkan perasaan kurang senangnya itu melalui postingnya ke akaun milik Syukri. Namun, Syukri telah bertindak memadam semua posting kakaknya itu bagi mengelakkan dirinya dikecam oleh rakan-rakannya. Namun tindakannya sedikit lewat kerana, para pengamal media telah berjaya untuk 'print screen' kenyataan tersebut sebelum ia dihilangkan.

Sekiranya kita nilai kenyataan kakaknya itu, secara jelas Dr Aida mengatakan semua tindak tanduk Syukri ini adalah merupakan hasil didikan dan doktrin dari insan paling keji di Malaysia iaitu Anwar Ibrahim. Dr Aida turut mengatakan bahawa keluarga mereka tidak pernah mengajar Syukri untuk bersikap biadap. Untuk melihat kesahihan pertalian antara mereka ini sila lihat profail Facebook Syukri



Kenyataan biadap Syukri yang mendapat bantahan dari kaum keluarganya sendiri.
Kesimpulannya, ramai lagi ahli-ahli keluarga di luar sana yang begitu tertekan, marah, kecewa dan benci melihat perubahan sikap anak, adik, abang dan kakak mereka yang semakin biadap dan kurang ajar. Perubahan mereka jelas kelihatan sebaik sahaja mula berjinak-jinak dengan pendekatan yang digembling oleh manusia yang bernama Anwar Ibrahim.

Sebagai contoh, tidak berapa lama dahulu TV3 ada mendedahkan luahan hati dan perasaan kecewa seorang ibu terhadap anak kandungnya yang dilihat semakin lupa dan hilang arah. Mak Tom begitu sedih dengan tindakan anaknya Azmin Ali yang begitu mengagung-agungkan Anwar Ibrahim sehingga sanggup dan tergamak membuang ibu, adik kandungnya dan keluarga.

Sebelum ini, kita hanya dapat melihat peristiwa seperti ini di kaca televisyen yang dilakonkan bagi memberi pengajaran penonton. Namun sejak kebelakangan ini, isu seperti ini sudah menjadi seperti asam garam dan rencah di dalam pakatan pembangkang. Apa yang nyata, gerakan Anwar yang begitu ghairah untuk merampas Putrajaya telah menyebabkan ramai yang terpaksa membuang keluarga dan menjadi anak yang derhaka

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...