Sebanyak 30 peratus pelaburan yang dibawa dalam Program Transformasi
Ekonomi (ETP) datang dari negeri Johor sekaligus melonjakkan lagi
pertumbuhan ekonomi negeri ini.
Datuk Dr Lee Hong Tee (BN-Jementah) berkata pelaburan terutamanya di
wilayah Iskandar Malaysia bukan sahaja menjadi pemangkin pertumbuhan
ekonomi negeri Johor, malah menjadi ikon dan imej kejayaan negeri ini.
"Kejayaan ini bukti kukuh bahawa dakwaan pembangkang yang menyatakan
Johor akan muflis adalah satu pembohongan besar dalam sejarah negeri
ini. Ini salah satu contoh pemainan politik tidak bertanggungjawab
pembangkang untuk mengikis imej kerajaan Johor yang direncanakan
semata-mata bagi kepentingan politiknya," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sesi perbahasan menjunjung kasih titah
ucapan Sultan Johor sempena perasmian persidangan kelima Dewan Undangan
Negeri Johor kali ke-12 di sini Isnin.

No comments:
Post a Comment