Thursday, June 21, 2012

PAS JOHOR MUNAFIK, CIKGU MALA TEKAD MASUK UMNO??

Cikgu Mala ditolak pengundi Tenang, lantaran sikap Pas Johor yang munafik

Apa dah jadi dengan kepimpinan Pas Johor, sehinggakan Cikgu Normala yang pernah menjadi calon Pas di Piliharaya Kecil, Tenang, Johor menyerahkan keahliannya untuk memasuki UMNO. Laporan sumber dalaman yang boleh dipercayai, ada sedikit perselisihan antara bekas cikgu tersebut dan Pas Negeri dalam menawarkan dana bantuan kewangan yang dijanjikan sebelum ini selepas beliau tewas bertanding di Tenang.

Pelbagai janji ditaburkan kepada bekas cikgu tersebut setelah beliau secara sah meletakkan jawatan sebagai guru untuk menjadi calon,kerana tidak tahan disebabkan janji yang tidak tertunai, cikgu Normala tekad meninggalkan Pas dan berjanji akan mendedahkan beberapa janji yang di tawarkan oleh Pas kepada umum.

Terbukti jika sekiranya benar dakwaan ini, maka Pas tidak boleh diharapkan menjaga kebajikan calonya yang tewas dan ini membuktikan bahawa Pas tidak mampu menjaga kebajikan rakyat.

Ikuti laporan bersambung seterusnya, blog ini akan mendedahkan borang keahlian yang diisi sendiri oleh Cikgu Normala dari sumber boleh dipercayai, akibat kecewa dengan tindakan Pas mengabaikan kebajikannya sekeluarga dengan janji-janji piliharaya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...