![]() |
Ya Allah, bantulah kami dari terus di tipu oleh Pas atas nama Islam |
Normala S udirman yaqng merupakan bekas calon Pas bagi Pilihan Raya
Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang telah mengadakan satu sidang
akhbar di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur bagi menafikan dirinya telah mengisi
borang keahlian Umno. Dia mengatakan ia bagi menjawab segala tuduhan yang
dilemparkan oleh laporan bloggers di alam maya.
Normala mengatakan kononnya semua itu hanya fitnah jahat yang
sengaja direka oleh orang Umno. Isu ini dibangkitkan kononnya bertujuan untuk
mengatakan wujud perselisihan antara dia dan kepimpinan PAS Johor. Ia mengenai janji
yang dibuat oleh Pas negeri untuk memberikan bantuan kewangan selepas dia meletakkan
jawatan sebagai guru bagi bertanding pada tahun 2010. Oleh itu disebabkan
pimpinan Pas negeri Johor dilihat telah memungkiri janji yang dibuat itu maka
dia merasa kecewa dan bertekad meninggalkan PAS. Dia juga kononnya dilaporkan akan
mendedahkan beberapa janji yang ditawarkan PAS kepada umum.
Namun apa yang menghairankan ialah, sekiranya benar isu yang
dikeluarkan itu fitnah semata-mata, apa perlunya untuk dia mengadakan sidang akhbar
khas bagi menjawab semua tuduhan tersebut. Ini kerana isu tersebut hanya
dibangkitkan oleh blog-blog yang dilihat pro BN/UMNO. Apakah Normala sudah mula
menerima laporan blog sebagai setaraf laporan akhabar arus perdana. Apapun
tahniah kepada para bloggers yang membangkitkan isu tersebut, ternyata laporan
anda dibaca oleh orang-orang kuat pembangkang, baik di peringkat pusat mahupun
di peringkat negeri.
Dan yang kedua, mengapa sidang akhbar tersebut perlu diadakan
di Kuala Lumpur? Bukankah lebih mudah dan releven sekiranya ia diadakan di
pejabat pengurusan Pas negeri Johor. Dan yang lebih menghairankan, mengapa
ketika sidang akhbar tersebut, langsung tidak kelihatan orang-orang kuat
kepimpinan Pas negeri Johor? Bukankah lebih masuk akal sekiranya mereka hadir
bersama sebagai tanda sokongan, sekaligus mengesahkan tidak wujud sebarang
perbalahan seperti yang didakwa.
Tindakan Normala itu, seolah-olah telah mengesahkan laporan
tersebut, sememangnya wujud perasaan tidak puas hati dan kecewa, sehingga
membuatkan dia tergerak hati untuk mendaftar sebagai ahli UMNO dan membongkar
segala kepincangan yang berlaku itu.
Walaupun Normala cuba berselindung, bagi menjaga maruah dan
kepentingan partinya, namun jauh di sudut hatinya dia terpaksa menerima
hakikat, bahawa dia tidak mampu untuk menipu dirinya sendiri. Kerana dia sedar,
pengorbanannya kepada PAS selama ini tidak berbaloi sama sekali. Sekiranya
sebelum ini dia menerima pendapatan tetap sebagai seorang guru, namun kerana
parti dia telah kehilangan semuanya dan hanya bergantung kepada pendapatan
suaminya semata-mata.
Menurut
maklumat dari sumber-sumber yang dipercayai, setelah isu mengenai kekecewaan
Normala ini dibongkar, dia telah dihubungi oleh Ketua Muslimat Pas Pusat, Siti
Zailah Mohd Yusoff bagi menerangkan perkara yang sebenar. Dan akhirnya dia telah
diminta untuk ke Kuala Lumpur bagi dipujuk untuk meredakan kekecewaannya itu.
Dan
seterusnya, dia telah menerima ‘sedikit’ bantuan peribadi dari Ketua Muslimat
dan Naib Ketua Muslimat bagi mengurangkan bebanan yang ditanggungnya selama
ini. Normala sedar (tapi masih takut untuk mengakuinya) perjuangannya selama
ini hanyalah merupakan perjuangan politik yang mengharapkan kuasa seperti
parti-parti lain dan bukannya kerana Allah dan Islam.
No comments:
Post a Comment