Parti ‘ultra kiasu’ DAP yang selama ini sering
membangkitkan isu berkenaan hak asasi manusia rupanya hanyalah topeng bagi
menutup kelemahan mereka yang mengamalkan pemerintahan ala diktator. Slogan
yang dilaungkan selama ini tidak ubah seperti lakonan opera cina yang sering
dipertontonkan ketika menyambut sambutan perayaan hari hantu. Ini kerana
pimpinan tertinggi mereka akan memecat sesiapa sahaja yang mempersoalkan
segala kelemahan dan kepincangan yang wujud di dalam parti itu.
Buktinya, baru-baru ini dua ahli DAP di Johor telah
diberikan surat pemecatan kerana didakwa telah mengadakan demonstrasi semasa
konvensyen DAP di Shah Alam serta di Johor tidak lama dahulu. Kedua-dua mereka
ialah Murugan A Kaliappan dan Thulasi Das Visuvalingam dari Taman Nesa, Skudai.
Surat pemecatan serta merta itu ditanda tangani Pengerusi Jawatankuasa Disiplin
DAP, Tan Kok Wai yang juga ahli Parlimen Cheras selepas mengadakan mesyuarat disiplin
pada minggu sudah.
Ketika dihubungi, mereka mengatakan DAP pusat
akan memberikan peluang untuk mereka mengemukana rayuan dalam tempoh dua minggu.
Namun kerana kecewa dengan tindakan tersebut, Murugan dan Thukasi memutuskan
untuk tidak mengemukan rayuan. Murugan juga menegaskan dia adalah merupakan bekas
ketua cawangan Taman Nesa yang telah banyak menyumbang tenaga dan wang ringgit
bagi mengukuhkan sokongan masyarakat India kepada parti DAP.
Beliau dan Thulasi mengadakan demonstrasi
tersebut kerana membantah dan meluahkan rasa tidak puas hati atas cara pemimpin
DAP Johor ketika mengendalikan mesyuarat cawangan tersebut. Sebelum ini, ketika
mesyuarat tersebut, mereka cuba untuk membantah kehadiran Ketua Pemuda DAP
Johor, J Jason atas beberapa faktor sebelum ini. Namun Naib Pengerusi Norman
Fernandez yang hadir sama telah mengambil tindakan untuk membatalkan mesyuarat
atas alasan laporan cawangan tidak lengkap.
Kerana tidak berpuas hati atas tindakan tersebut,
Murugan telah mengambil pendekatan untuk menulis surat kepada Lim Guan Eng,
selaku setiausaha Agung DAP serta Lim Kit Siang atas kapasitinya sebagai tokoh
veteran yang disegani di dalam DAP. Ia bagi menerangkan mengenai perkara yang sebenar
tetapi semua suratnya langsung tidak mendapat jawapan.
Murugan turut mengatakan, dia cukup marah dan
kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr Foo yang mendakwa DAP hanya mengutamakan
kaum majoriti dan bukannya minority. Kenyataan tersebut memberi gambaran seolah-olah
masyarakat India hanya bertaraf kelas kedua kepada DAP.
Setelah berusaha untuk mengunakan pelbagai
saluran yang dibenarkan di dalam parti dan langsung tidak menerima layanan yang
sewajarnya. Maka dia dan rakan-rakan telah mengambil keputusan untuk mengadakan
demo tersebut bagi menarik perhatian pimpinan atasan. Ini kerana selama ini dia
merasakan DAP yang begitu menitikberatakan hak asasi manusia dan kesamarataan sesama
kaum pasti akan mendengar luahan hati mereka dan mengambil tindakan sepatutnya.
Namun ternyata dia tertipu, kerana hasil tindakannya itu akhirnya membawa
kepada pemecatannya dan Thulasi.
No comments:
Post a Comment