Saturday, June 30, 2012

PEMUDA PAS PANIK KEKUATAN PEMUDA UMNO HADAPI PRU13

Hala tujuu Pas ibarat Serigala Jadian.. bertukar mengikut keadaan

2-3 hari ini, blog-blog pembangkang begitu hebat menyerang Pergerakan Pemuda UMNO Johor dengan pelbagai tuduhan antaranya, konon berlaku krisis dalaman parti, perpecahan di kalangan pemuda dan sebagainya. Tidak ketinggalan isu ini turut di mainkan oleh Harakah Daily yang di cetuskan oleh Ketua Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kaiat. Bila di teliti kembali, isu ini dicetuskan kerana mereka begitu gusar dengan gerakan Pemuda Johor yang dilihat berada dalam keadaan yang cukup bersedia untuk menghadapi PRU13 yang bakal diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.


Oleh yang demikian Pas merasakan, perkembangan ini begitu mengusarkan mereka, kerana sebagai jentera yang bakal digalaskan dengan pelbagai tugas penting ketika kempem PRU13 nanti. Maka adalah penting untuk memecahkan kesatuan itu bagi mengelakkan jentera pemuda UMNO digerakkan ke tahap yang maksimum. Sebagai contoh, Himpunan Menjunjung Ikrar Taat Setia yang diadakan baru-baru ini oleh Pergerakan Pemuda UMNO Johor dengan kerjasama pelbagai NGO di lihat berjaya kerana mampu mengumpulkan hampir 80 ribu hadirin.

Sekiranya Pemuda UMNO Johor mampu membawa momentum himpunan tersebut ke setiap bahagian di Johor, maka sudah tentu bakal menyebabkann calon-calon Pas dan pakatan berputih mata dan tersungkur longlai dalam kempen PRU kelak. Dengan kekuatan Johor sebagai kubu kuat UMNO/BN maka adalah penting untuk Pas menjalankan gerak saraf bagi mengawal kekuatan tersebut.

Yang paling menarik, Suhaizan turut mempelawa ahli-ahli Pemuda UMNO untuk menyertai Pas bagi menguatkan dakwaan mereka. Menurut sumber-sumber dalaman Pas sendiri, isu ini adalah sebagai gerak saraf mereka setelah isu perpecahan dalaman Pas mula dihidu oleh masyarakat luar terutama oleh pemerhati dan penganalisas politik. Strategi mereka ini bertujuan untuk menutup isu tersebut. Selain isu perpecahan dalam Pas antara puak ulama dan golongan Endorgan, isu yang melanda bekas calon PRK Tenang, Cikgu Mala ternyata memburukkan lagi masalah dalaman mereka.

Itu belum lagi disentuh masalah antara parti-parti yang bergabung di dalam Pakatan. Ini kerana acap kali pimpinan PAS-DAP-PKR dilihat bercanggah pendapat mengenai isu calon dan pembahagaian kerusi di Johor. Sekiranya isu tersebut gagal diselesaikan segera, adalah mustahil untuk pakatan pembangkang memberikan tentangan yang menyeluruh ketika kempen PRU13 nanti. Jadi adalah perlu untuk pakatan, mereka-cipta isu bagi mengekang kemaraan UMNO.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...