Saturday, June 30, 2012

PAKATAN MEROYAN, 100RIBU UNTUK MAYAT


Projek belum bermula, tetapi macam-macam cerita tak masuk akal sudah direka untuk mencucuk penduduk, antaranya tak ada tanah perkuburan untuk tanam mayat. Begitulah yang berlaku apabila pembangkang cuba menjadikan projek minyak dan gas di Pengerang sebagai isu politik. Pada sidang media di bangunan Parlimen, Azalina menyelar parti pembangkang sebagai golongan yang meroyan kerana cuba mempengaruhi rakyat dan menyelitkan elemen kebencian di kalangan penduduk kampung berhubung projek Pusat Dagangan Bersepadu Minyak, Gas dan Petrokimia (RAPID) di kawasannya walhal projek berkenaan masih di peringkat perbincangan oleh kerajaan negeri dan banyak perkara masih belum diputuskan lagi.



Azalina juga turut memberi kata dua kepada Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa yang menyibuk masuk campur kawasannya apabila mengadakan sidang media di parlimen dengan membawa bersama beberapa penduduk yang didakwanya dari Pengerang.

"Sahabat saya dari Bakri mungkin nak bertanding lawan saya di Pengerang. Bertandinglah tapi bila dah jadi wakil rakyat Pengerang ke, "touch wood" dia tak menang, maka dia ada platform untuk bersuara. Saya tak pernah kacau Bakri. Isunya di sini, saya Ahli Parlimen di situ (Pengerang) and if you are not happy with my work, I will see you and fight you point on point.”

Pada sidang media yang dianjurkan oleh Teck Hwa itu, seorang penduduk bangsa Cina mendakwa kononnya kawasan kubur Cina di kampungnya sudah dirobohkan untuk memberi laluan kepada projek RAPID sehinggakan mereka tidak mempunyai tanah perkuburan. Dakwaan penduduk itu ternyata tidak masuk akal kerana menurut Azalina, projek RAPID belum pun bermula dan belum ada sebarang pemindahan dilakukan kerana kerajaan negeri masih dalam peringkat perundingan dengan penduduk.

Menurut Azalina, setiap minggu pegawai daerah mengadakan mesyuarat dengan penduduk yang bakal terbabit dengan pemindahan mengenai isu-isu berbangkit. Katanya proses pemindahan penduduk kelak tidak akan dijalankan secara serentak, tetapi berperingkat-peringkat.

"Mereka belum dipindahkan sebab projek perumahan belum diselesaikan lagi. Apabila dipindahkan nanti, penduduk akan diberikan pampasan dalam bentuk tanah dan tunai. Tak ada orang pun yang dipindahkan dan tak ada mayat yang terbiar. Ini bukan Wild Wild West di mana kita gali kuburdan campak mayat tepi jalan. Tidak ada seorangpun di Pengerang akan buat begitu atau membenarkan sesiapa berbuat begitu," tambahnya.

Menurut Azalina, dia mendengar khabar angin bahawa komuniti Cina di Pengerang menuntut RM100 ribu untuk memindahkan satu mayat.

"Bagaimana kita nak menilai mayat? Itu kena ditentukan. Dalam Islam pula kita kena mengikut cara yang betul. Mayat perlu dikenalpastioleh keluarga. Kita juga kena kenalpasti di mana mayat itu mahu dipindahkan.Hal ini juga mesti diputuskan ramai. Bayaran yang dibuat pula mestilah mengikut Faraid.

"Saya yakin kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Kerajaan Pusat untuk memindahkah rumah, sekolah, masjid, surau atau rumah ibadat. Janganlah belum apa-apa kita sudah melatah sebab yang jadi mangsanya nanti ialah orang tempatan kerana mereka yang akan terlibat denga./xn pemindahan," katanya.


Sebelum sidang media itu, Azalina menerima memorandum dari beberapa orang wakil penduduk dan warga Pengerang yang membantah campurtangan orang asing dan orang luar untuk menolak projek RAPID. Sementara itu, salah seorang wakil penduduk Pengerang, Abdul Wahab Manan, berkata dakwaan bahawa penduduk Cina dan Melayu di Pengerang tidak mempunyai tempat menguruskan pengkebumian baru adalah satu fitnah.

Katanya Persisiran Pantai Pengerang melibatkan empat kampung yang dipindahkan dan mereka diberi pilihan oleh Majlis Agama Islam Johor untuk memindahkan sebarang kematian baharu di tanah-tanah perkuburan sedia ada di Sungai Rengit, Teluk Ramunia, Kampung Ghani Othman dan Punggai. Sementara orang Cina sudah mempunyai tanah perkuburan di Bukit Gelugor.

"Jadi apa masalah yang timbul sampai kata tak adatempat untuk kematian yang baharu? Kalau untuk raih sokongan pilihanraya,janganlah menafikan peluang penduduk di Pengerang meraih sedikit limpahandaripada peluang-peluang ekonomi apabila projek RAPID itu siap kelak." -

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...