![]() |
Marilah marilah.. pergi makan BABI |
Pihak kami telah menerima e-mail mengenai makluman program yang akan di anjurkan oleh pakatan pembangkang Johor bersama Mursyidul Am PKR merangkap pemimpin ANUgerah tuhan Anwr Ibrahim. Namun, apa yang ingin dikatakan bukanlah mengenai program tersebut, tetapi apa yang menarik program makan malam tersebut bakal menyajikan hadirin bersama 2 set hidangan. Satu hidangan halal khusus buat penyokong yang muslim dan set satu lagi untuk para pengikut non muslim.
Apa yang menarik, apabila dimaklumkan kepada salah seorang pemimpin Pas (yang meminta penulis untuk merahsiakan identitinya) di kawasan Kulai mengenai program tersebut, nyata terkejut dan marah dengan tindakan pihak penganjur. Menurutnya dia bersetuju di dalam Islam membenarkan untuk bertoleransi bersama penganut agam lain. Tapi di masa yang sama mengharapkan agar penganjur juga lebih peka dalam menjaga sensitiviti agama ini.
Dia turut menegaskan menolak pendekatan penganjur untuk mengabungkan program tersebut dengan menyediakan 2 set hidangan yang berlainan seolah-olah untuk menwujudkan persamaan antara semua agama. Apakah pengajur tidak sedar, bahawa orang Islam terutamanya di Malaysia amat sensitif dalam bab penjagaan makanan. Tambahan, sekiranya ia melibatkan isu babi dan arak.
Sebab itu, dia menegaskan memang dari awal lagi dia amat menentang pengabungan antara Pas-PKR-DAP. Kerana sudah menjangkakan insiden seperti ini akan berlaku. Apakah mereka tidak boleh untuk menghormati rakan-rakan yang muslim yang lain dan hanya menyediakan hidangan halal yang boleh dinikmati oleh semua. Apakah mereka tidak boleh untuk tidak menjamah 'makanan yang tidak halau hanya untuk seketika (ketika program tersebut) demi menjaga hati semua penyokong.
Sekiranya selama ini, pengikut dan penyokong sanggup untuk berkorban masa, wang ringgit, tenaga bagi memberikan sokongan kepada pemimpin dan penyokong mereka. Mengapa mereka tidak boleh memberikan layanan yang sama kepada penyokong muslim.
Pelbagai kemungkinan boleh berlaku, sebagai contoh dari segi penyedian makanan bagi menyediakan makanan tersebut. Tidak dapat dibayangkan, sekiranya ketika program berlangsung, pelayan yang membawa makanan atau sisa secara tidak sengaja tertumpah keatas hadirin yang beragama Islam.
Walaupun pimpinan Pas bersetuju untuk bekerjasama dengan PKR dan DAP demi untuk menumbangkan UMNO, namun percayalah kami akan menolak secara senyap (dengan tidak memberikan undi) kepada semua calon-calon mereka dalam PRU13 nanti katanya mengakhiri perbualan.
No comments:
Post a Comment