Anggota Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said kesal dengan
sikap pihak tertentu yang cuba menimbulkan rasa tidak puas hati di
kalangan penduduk di Pengerang Johor mengenai isu Projek Pembangunan
Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid).
Beliau berkata mereka cuba menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk
sungguhpun isu perpindahan penduduk terbabit bagi memberi laluan kepada
pelaksanaan projek itu masih belum diputuskan.
"Tapi kita lihat ada orang luar yang cucuk (menghasut) orang tempatan
dan cuba timbulkan rasa tak puas hati di kalangan mereka...janganlah
timbulkan sesuatu sebelum ia berlaku," katanya kepada pemberita di lobi
Parlimen di sini, Isnin.
Hadir bersama beliau ialah beberapa wakil penduduk Pengerang termasuk Ketua Umno cawangan Pengerang Abdul Wahab Abdul Manan. Azalina berkata mesyuarat bagi membincangkan perkara itu dan beberapa
isu lain masih berjalan di peringkat negeri yang turut melibatkan
Pegawai Daerah Pengerang serta wakil penduduk.
No comments:
Post a Comment