| Majlis pelancaran RAPID Pengerang |
Kerajaan negeri Johor tidak menerima sebarang royalti melalui Projek
Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) Petronas
di Pengerang sebagai sumber hasil negeri. Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman berkata berkata di Dewan
Undangan Negeri, ini kerana ia merupakan satu projek pemprosesan minyak
dan gas dari luar dan bukannya sumber itu datang dari perairan negeri
Johor sendiri seperti Terengganu.
"Royalti tidak ada... ini satu pelaburan dalam perindustrian minyak dan
gas. Kita hanya peroleh hasil melalui perubahan premium tanah dari
tanah pertanian kepada tanah industri," katanya.
Katanya, keadaan itu berbeza dengan Terengganu yang bertuah memperoleh
royalti daripada kerajaan pusat kerana sumber minyak dan gas ditemui di
perairan Kertih, negeri itu. Beliau berkata demikian pada persidangan kelima Dewan Undangan Negeri
Johor kali ke-12 di sini Rabu ketika menjawab soalan tambahan Jaafar
Hashim (BN-Senggarang) yang mahukan penjelasan sama ada kerajaan negeri
memperoleh sebarang royalti daripada projek berkenaan.
No comments:
Post a Comment