Showing posts with label DUN. Show all posts
Showing posts with label DUN. Show all posts

Tuesday, July 10, 2012

BELIA PERLU DIPUPUK SEMANGAT CINTAKAN NEGARA

YAB PM bersama belia ketika menonton perlawanan bola baru-baru ini

Pembentukan semangat cintakan negara dalam kalangan belia perlu dipupuk pada peringkat awal agar mereka mampu menjadi pemimpin yang terbaik untuk negara di masa hadapan. Program Sembang-sembang Mesra Belia Dewan Undangan Negeri (Dun) Sri Medan ‘Pemimpin Bersama Rakyat’ 2012, yang telah dianjurkan ini bertujuan untuk mendidik golongan muda agar menanamkan semangat cintakan negara.

Sunday, June 24, 2012

KELUAR PAS - MASUK UMNO : CUBAAN CIKGU MALA TIPU DIRI SENDIRI

Ya Allah, bantulah kami dari terus di tipu oleh Pas atas nama Islam

Normala Sha=mno.

KUALA LUMPUR:
udirman yaqng merupakan bekas calon Pas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang telah mengadakan satu sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur bagi menafikan dirinya telah mengisi borang keahlian Umno. Dia mengatakan ia bagi menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh laporan bloggers di alam maya.

Thursday, June 21, 2012

RAPID PENGERANG, JOHOR TAK TERIMA ROYALTI

Majlis pelancaran RAPID Pengerang

Kerajaan negeri Johor tidak menerima sebarang royalti melalui Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) Petronas di Pengerang sebagai sumber hasil negeri. Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman berkata berkata di Dewan Undangan Negeri, ini kerana ia merupakan satu projek pemprosesan minyak dan gas dari luar dan bukannya sumber itu datang dari perairan negeri Johor sendiri seperti Terengganu.

Tuesday, June 19, 2012

JOHOR SENTIASA AMBIL BERAT KEBAJIKAN SJKC

BN Sentiasa Mengambil Berat Kebajikan Rakyat

Kerajan negeri Johor sentiasa mengambil berat tentang kebajikan, pembangunan dan permasalah yang dihadapi oleh Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di negeri ini. Goh Tee Tee (BN-Tangkak) berkata, ia jelas ditunjukkan melalui pengagihan bantuan dan sokongan berterusan kerajaan terhadap hal pendidikan di SJKC.

JOHOR SUMBANG 30% PELABURAN DALAM ETP


Sebanyak 30 peratus pelaburan yang dibawa dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) datang dari negeri Johor sekaligus melonjakkan lagi pertumbuhan ekonomi negeri ini. Datuk Dr Lee Hong Tee (BN-Jementah) berkata pelaburan terutamanya di wilayah Iskandar Malaysia bukan sahaja menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi negeri Johor, malah menjadi ikon dan imej kejayaan negeri ini.

Saturday, June 2, 2012

5,000 peluang kerja ditawar dalam Karnival Kerjaya Tenggara


Kira kira 5,000 peluang pekerjaan akan ditawarkan sempena Karnival Kerjaya Tenggara yang akan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini di Dataran Taman Anggerik Bandar Tenggara. Pengerusinya, Datuk Baderi Dasuki berkata, pelbagai peluang kerjaya daripada agensi kerajaan dan swasta disediakan khususnya buat golongan muda di sekitar daerah ini.

Saturday, May 19, 2012

Salah Strategi, PAS terpaksa akur letak calon bukan Islam di Johor


Pas dilaporkan telah bersetuju untuk meletakkan calon dari kalangan bukan Islam bagi mewakili parti itu untuk bertanding di Johor pada pilihan raya umum ke-13 nanti. Kenyataan tersebut disuarakan oleh Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas, Hu Pang Chaw yang mengatakan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal ditandingi itu ialah di kawasan Tiram, Johor.

Salahuddin Bakal Di Kapankan Pengundi Johor


Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub telah pun mengesahkan, tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Kubang Kerian, Kelantan sebaliknya akan beralih ke Johor untuk bertanding pada PRU-13nanti. Pada masa yang sama beliau turut tidak menolak kemungkinan akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan juga kerusi Parlimen di negeri kelahirannya itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...