Friday, September 28, 2012

PAS KLUANG BERANG DENGAN KAIN RENTANG


Pas Kluang menggesa polis menyiasat kain rentang berkaitan ceramah Pas Pengkhianat Islam yang akan diadakan di tapak pasar malam Kampung Melayu, pada 30 September ini. Kain rentang tersebut dipercayai digantung di beberapa lokasi di sekitar daerah ini sejak tiga hari lalu.


Yang Dipertua Pas Kluang, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, yang menjadi persoalan adalah di kain rentang berkenaan tidak ada dicatatkan nama penganjur bagi ceramah tersebut.

“Adakah ceramah itu hanya satu provokasi ataupun sememangnya akan berlangsung tidak dapat diketahui kerana kami tidak dapat menghubungi penganjurnya,” katanya.

“Walhal, ramai juga yang bertanya kepada saya mengenai ceramah tersebut tetapi saya sendiri tidak mengetahui siapa yang menganjurkannya. Justeru itu, saya bertindak membuat laporan polis dengan harapan agar polis dapat menyiasat segera kain rentang dan ceramah yang bakal diadakan itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...