Thursday, September 20, 2012

PERLU AJAR ANAK DENGAN SEJARAH

Datuk Onn Jaafar

Ibu bapa disaran menceritakan sejarah negara kepada anak-anak agar mereka lebih menghargai keamanan dan berusaha untuk mengekalkannya. Ketua Pemuda Umno Bahagian Kota Tinggi, Mesran Tukiman berkata, ia perlu kerana ada sebahagian anak-anak pada masa kini yang sudah lupa akan sejarah negara sehingga sanggup bertindak di luar batasan termasuklah menukar bendera Jalur Gemilang. Menurutnya, perkara sedemikian tidak seharusnya berlaku jika golongan tersebut mempunyai kesedaran betapa pentingnya mempunyai negara yang aman serta politik yang baik.

“Kita tidak mahu anak-anak terutama yang menyambung pelajaran ke institut pengajian tinggi (IPT) mempunyai hubungan yang renggang dengan ibu bapa kerana politik. Malah perkara tersebut pernah terjadi di mana ada dalam kalangan anak-anak yang sanggup menentang ibu bapa sendiri kerana perbezaan pendapat dan fahaman.

“Oleh yang demikian sebagai ibu bapa, kita mestilah memainkan peranan untuk mengajak anak-anak kita sentiasa bersyukur dengan nikmat keamanan yang ada sekarang di negara ini,” katanya.

Dalam pada itu katanya, masyarakat Melayu haruslah mempertahankan negara dengan memberi sokongan kepada kerajaan jika tidak, dikhuatiri kuasa Melayu di negara ini akan hilang satu hari nanti.

“Jika kita tidak boleh perjuangkan nasib orang Melayu, siapa lagi yang akan memperjuangkan nasib kita,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...