Friday, November 9, 2012

Iskandar Malaysia Hampir Lepasi Pelaburan RM100 Bln


Iskandar Malaysia telah bersedia untuk mencapai pelaburan RM100 bilion selepas mencatatkan RM99.79 bilion pelaburan terkumpul sehingga suku ketiga tahun ini. Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Datuk Ismail Ibrahim berkata 42 peratus daripada jumlah pelaburan yang diperoleh telah dibelanjakan setakat September tahun ini.

Untuk tahun ini sahaja sehingga September, beliau berkata koridor ekonomi itu telah berjaya menarik sejumlah RM15 bilion dalam pelaburan kumulatif.

"Kami begitu agresif dalam usaha promosi kami untuk menarik lebih ramai pelabur ke Iskandar Malaysia. Saya gembira melihat projek pemangkin seperti Legoland Malaysia juga telah membantu mengukuhkan nilai proposisi Iskandar Malaysia di platform global," kata beliau dalam satu kenyataan Jumaat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...