Fasa pertama Desaru Coast di Johor dijangka menarik sejuta pengunjung
dan mewujudkan lebih 3,500 pekerjaan dalam lima tahun pertama
pelancarannya. Pembangunan Desaru Coast dilaksanakan oleh Destination Resorts and
Hotels (DRH) dan bakal menjadi destinasi percutian utama. Ia dibangunkan
dalam tiga peringkat; yang pertama disasarkan siap menjelang 2015.
DRH, sebuah anak syarikat Khazanah Nasional Bhd, ditubuhkan tahun lepas
untuk menjadi pemangkin bagi pembangunan resort destinasi percutian
utama dan bersepadu di Malaysia, terutamanya dalam pasaran perjalanan
mewah.
Pada satu taklimat media di sini hari ini, Pengarah Urusan DRH,
Nadziruddin Basri, berkata resort destinasi akan memperkenal standard
baharu dalam industri dengan objektif meningkatkan ketibaan pelancong,
dan melanjutkan tempoh penginapan mereka, sekali gus meningkatkan
pendapatan daripada pelancongan.
DRH juga menandatangani pinjaman pembiayaan berjumlah RM600 juta dengan
Malayan Banking Bhd dan Maybank Investment Bank Bhd hari ini bagi
pembangunan fasa satu Desaru Coast.
Desaru Development Holdings One Sdn Bhd (DH1) akan menjadi jentera
operasi Perbadanan Pembangunan Desaru (DDC), sebuah usaha sama antara
Bagan Cerah Sdn Bhd dan Perbadanan Darul Takzim, masing-masing dengan
pegangan saham 70 peratus dan 30 peratus.
DRH memiliki 70 peratus kepentingan dalam Bagan Cerah.
Desaru Coast yang terbentang di atas kawasan seluas 1,580 hektar (3,900
ekar) dan pinggiran pantai sepanjang 17 kilometer itu terletak di
lokasi strategik di pantai timur Johor dan dengan perhubungan mudah ke
negara jiran,
Singapura dan Indonesia melalui darat, udara atau laut
No comments:
Post a Comment