![]() |
| Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff |
Polis Johor akan mengemukakan kertas siasatan mengenai kenyataan bekas
Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kepada Timbalan
Pendakwa Raya dalam masa terdekat. Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata siasatan
terhadap kenyataan Mohammad Nizar menerusi Twitter mengenai bidaan
nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim itu
hampir selesai.
