Showing posts with label Perak. Show all posts
Showing posts with label Perak. Show all posts

Monday, September 24, 2012

MCA TAK ABAI PENDIDIKAN CINA HANYA KERANA POLITIK


Pemuda MCA sentiasa komited memastikan pendidikan masyarakat Cina tidak terabai dengan berusaha meningkatkan kualiti pendidikan dari semasa ke semasa, kata Pengerusi Biro Pendidikannya Chong Sin Woon. Untuk itu, katanya MCA akan mengadakan siri jelajah ke beberapa negeri bagi menerangkan mengenai pendidikan masyarakat Cina termasuk mendapatkan maklum balas orang ramai berhubung penggunaan bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina bagi murid tahun empat hingga enam.

Wednesday, July 11, 2012

HINANYA NIZAR DI MATA RAKYAT JOHOR


Keputusan Nizar Jamaluddin mengemukkan saman terhadap stesyen televisyen TV3 dan akhbar Utusan Malaysia tidaklah begitu memeranjatkan. Ia memang telah dijangka oleh ramai pihak terutama pimpinan parti politik di Johor baik di kalangan UMNO mahupun Pas sendiri. Ini kerana tindakan tersebut sebagai tindak balas, terhadap sokongan padu yang diberikan oleh rakyat Johor terhadap DYMM Baginda Sultan Johor, Sultan Ibrahim baru-baru ini.

Tuesday, June 12, 2012

KERTAS SIASATAN KES NIZAR DISERAH DALAM MASA TERDEKAT

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff

Polis Johor akan mengemukakan kertas siasatan mengenai kenyataan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat. Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata siasatan terhadap kenyataan Mohammad Nizar menerusi Twitter mengenai bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim itu hampir selesai.

TAHNIAH!!!! HIMPUNAN RAKYAT JOHOR PERTAHAN SULTAN TINDAKAN WAJAR

Himpunan Rakyat Johor

Langkah rakyat Johor berhimpun bagi menyatakan sokongan dan taat setia kepada raja mereka baru-baru ini wajar dicontohi rakyat negeri lain, kata Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Datuk Moehamad Izat Emir. Beliau berkata acara sedemikian bukan sahaja melambangkan rakyat mengasihi pemimpin tetapi ia juga menjadi platform terbaik terutama bagi orang Melayu untuk bersatu di bawah naungan raja.

Friday, June 1, 2012

KENAPA NIZAR SOSIALIS SERANG SULTAN JOHOR????

 
Tiba-tiba sahaja Nizar Sosialis menyebutkan mengenai pembelian plat nombor. Angin takde dan ribut pun takde. Alih-alih Nizar Sosialis menyebutkan dalam twitternya mengenai pembelian no plat.Kenapa? Apa sebabnya? Siapa yang suruh? Dari mana Nizar Sosialis tahu? Ada sesiapa tahu?
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...