Tuesday, May 22, 2012

Anwar PANIK.. Sasaran 100,000 belia JOHOR tercapai.. TAHNIAH!!!!


Himpunan Belia Iskandar Malaysia 2012 mencapai sasarannya apabila ia berjaya menghimpunkan lebih 100,000 belia sepanjang empat hari penganjurannya yang berakhir, semalam. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Md Jais Sarday berkata, himpunan belia yang julung kali diadakan itu juga turut mencatat sejarah apabila dua aktiviti yang diadakan turut dimasukkan ke dalam The Malaysia Book of Records (MBOR).


Beliau berkata, dua aktiviti tersebut adalah persembahan J-Robikthon selama 26 jam tanpa henti dan himpunan buku sebanyak 30,000 naskhah.

"Meskipun pertama kali dianjurkan, namun himpunan belia yang menyediakan pelbagai aktiviti dan platform mencari kerja dilihat berjaya mencapai sasaran penganjurannya.

"Kita juga mahu himpunan ini bukan sahaja dijenamakan malah diteruskan pada masa akan datang," katanya kepada pemberita sempena majlis penutupan himpunan berkenaan di Plaza Angsana, semalam.

Majlis perasmian penutup disempurnakan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dan turut dihadiri Presiden Majlis Belia negeri Johor, Anuar Manap.

Menurut Md Jais, kejayaan himpunan yang berlangsung dalam keadaan aman menunjukkan belia khususnya di negeri ini menolak sama sekali himpunan secara haram yang diadakan di ibu negara baru-baru ini.

Himpunan Belia Iskandar Malaysia Johor yang berlangsung selama empat hari bermula Khamis lalu merupakan anjuran bersama Kerajaan Negeri, Jabatan Belia dan Sukan negeri, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar serta Majlis Belia negeri.

Lebih 75 aktiviti dalam 13 segmen termasuk Karnival Belia Islam Malaysia, Kem Sukarelawan, Program Tanam Pokok, Karnival Jom Centre, sukan permotoran dan pertandingan catur berlangsung sempena himpunan berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...